CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Wednesday, January 14, 2009

Pengalaman...

Salam semua...

1. Genap seminggu Udenkov berada di Kuala Terengganu.

2. Terasa rindu kepada isteri, anak-anak, keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan di negeri Johor.

3. Pengalaman berada di tempat orang memang dihargai oleh Udenikov.

4. Melihat persekitaran, suasana, orang-orang Ganu Kite banyak menuntut minda udenikov berfikir.

5. Pelbagai ragam manusia yang udenikov jumpa. Tak kira lah sesama jentera parti Udenkov mahupun Jentera parti lawan.

6. Seronok memerhatikan gelagat mereka. Insiden siapa lebih fanatik... siapa lebih kuat kerja... siapa lebih cakap dari bekerja... siapa yang memang keje kuat...

7. Udenikov bercampur gaul dengan jentera dari peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi.

8. Apa-apa pun duduk di rumah Johor memang menyeronokkan walaupun tak sehebat duduk di rumah sendiri...

9. Salam sayang udenikov buat Mama, Abang Alif, Angah Ammar dan Adik Adam...

Sunday, January 4, 2009

Hari Bersejarah Politik Udenikov


1. Tanggal 1 Januari 2009, udenikov telah diberi kepercayaan untuk bersama-sama dalam kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau. Detik bersejarah dalam hidup udenikov.

2. Udenikov sudah biasa dalam politik di dalam Bahagian Tebrau, tetapi lebih kepada pemerhati dan pekerja di balik tabir.

3. Apa-apapun, udenikov nak merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Syahrin yang telah memberi kepercayaan kepada udenikov.

4. InsyaAllah udenikov akan curahkan ilmu dan pengalaman yang ada untuk bersama-sama memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair.