CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Thursday, June 12, 2008

Panduan ... Rebat Tunai

Pemilik kenderaan persendirian hanya perlu membawa kad pengenalan asal atau MyKad sewaktu membuat tuntutan bayaran rebat tunai di salah satu daripada 683 pejabat pos seluruh negara, mulai Sabtu ini.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bayaran rebat tunai sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc.Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.Bayaran tunai akan dibuat apabila pemilik kenderaan membayar atau memperbaharui cukai jalanberkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

- Utusan.

Pakat...

Kadang-kadang, kita tak perasan orang sedang berpakat di hadapan kita...
Kadang-kadang, kite perasan orang sedang berpakat pasal kite...
Kadang-kadang, kite tahu ada orang sedang berpakat di belakang kite...

Selalunya, orang sengaja nak tunjuk dia sedang berpakat depan kite...
Biasenya, orang berpakat buat-buat tak berpakat depan kite...

Apa-apa pun...

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

THANKS TO MY BELOVED WIFE
SALMAH HJ BABA
FOR THE FLOWERS...

HaPpY 4th aNnIvErSaRy


Alhamdulillah... udenikov dan isteri telah berjaya menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4. I love U, Ling...



Alhamdulillah... we r happy with our life... with 2 boys. Sorang dalam perut... Rumah tangga... biaser la... kadang-kadang kalu tak ada badai... kalau tak de aircond... mana besh...



Alhamdulillah... udenikov bersyukur dipertemukan dengan isteri udenikov, salmah hj baba... she's so understanding. Selalu berdiri menyokong udenikov di kala udenikov tersepit... heyyy.... tersepit masa udenikov menanam anggur selama hampir 10 bulan... Dalam kepayahan... she will be there...



Alhamdulillah... kami sama-sama menanti kehadiran zuriat ke-3... dengan karenah dan telatah anak-anaj bujang yang semakin membesar... kenikmatan hidup berkeluarga semakin menyeronokkan walaupun kekadang 'my blood go upstair' dek perangai abang dgn angah... but its so fun...


Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi.




"Ya Allah, terima kasih di atas kurniaan dan nikmat hidayah yang Kau berikan kepada kami,peliharalah keluarga kami dari fitnah dunia, fitnah kubur, fitnah akhirat. Kau kurniakan kesihatan yang baik kepada keluarga kami, ayah mak kami, adik beradik kami, anak-anak saudara kami,cucu-cucu kami,guru-guru kami, sahabat-sahabat kami.Janganlah Kau tarik hidayah yang Kau kurniakan kepada kami. Bukalah pintu rezeki yang halal kepada kami, limpahkanlah kami dengan nikmat rezeki. Berikanlah kami kekuatan, kelapangan dalam menghadapi cabaran duniawi menuju kepada Engkau, Ya Rahman Ya Rahhim... Amin..."

Wednesday, June 11, 2008

Luluh hati ini...

aku bernasib baik mempunyai sahabat dan rakan-rakan satu pejabat yang begitu membantu dan menyokong. Really appreciated...

kenapa ye??? aku diperlaku sebegini??? i have my wife and my beloved sons yang perlu diberi makan dan minum. ABY memang tak puas ati la aku dengan ko!!! sori to say. aku tak heran la dengan pengalaman ko yang melambung tinggi!!! boleh jalan la dengan pengalaman tu... setakat pengalaman banyak (macam la tahu semua)... konon...boleh blah...

Sori la ABY, aku bukan orang yang suke nak 'wa ampu sana, wa ampu sini'... aku bukan orang yang banyak duit nak bagi ko duit... nak belikan makanan... gua nak sogok lu dengan pizza? boleh blah...
Lu ingat lu boleh makan dengan duit claim gua??? Lu silap la ABY... lagi gua ilang respek dengan lu wahai pompuan!!! kalau ada sepoloh orang mcam ko, boleh giler eehhh tak.. salah hemat, ko sorang2 je wat keje.

Menghilang... Kini kembali

lama jugak aku tidak menulis dalam blog. tuntutan kehidupan harian menghalang dari udenikov terus menulis dalam blog.

sepanjang hujun minggu lepas,udenikov sekeluarga pulang ke desa di pasir gudang. ada program di sekitar pasir gudang. kebetulan, isteriku ada perbincangan bersama-sama dengan teman sekuliah... tapi akhirnya, dibatalkan saat akhir. tak po lah..

cerita hujung minggu ni, masa membeli metro ahad... terselak pulak metro ahad tu ditiup bayu.. maka kornea mataku yang sememangnya udah 'silau tinggi ekk bukan rabun' terpandang ke arah iklan giant yang secara terang-terangan memaparkan rege pamper yang murah... hua hua hua... dengan kadar pengaliran darah yang byk melalui aorta... udenikov bergegas balik rumah bonda. udenikov dan keluarga pun menyertai program 'mari sama-sama dengan segera ke giant membeli pamper, kalau lambat tak dapek...' murah beb.. memang murah... biase beli kat kedai seng seh (betul ke eje ni?) ... kalau tak, payah nak dapat rege below rm35. tambahan lak.. nowadays, everything is naik naik naik and naik...kirenyer, budget pampers+susu+anak-anak dah digunakan seawal 8hbjun2008...

hahh... citer psl naik naik naik... kitorang berjaya balik dari kulai ke pasir gudang tanpa menggunakan perkhidmatan air-cond... kire salah satu langkah penjimatan la... sejauh mana jimatnya tak tau la pulak... tapi, bila dah bukak tingkap, sejarah tercipta bilamana, sorang pun penumpang-penumpang tak tido.. termasuk la anak udenikov no 2, Angah. angah ni mcm we dia.. asal naik kete jek, secara otomatik dia akan lentok dan menidurkan diri. gitulah anak-anak...

ok la.. tgh byk kejer.. ni pun ala-ala iklan jap..

kk... c u later

---------------------

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

less than 24 hours to our 4th anniversary.

Friday, June 6, 2008

Test market...

Hanya kawan-kawanku di pejabat ini yang memahami maksud test market ku...

hasil dapatan 1
'kalau u ni tergolong dlm anak mak, mak akan dulukan anak-anak mak.'

hasil dapatan2
'kalau u nak cepat... u gi la ngadap ok... mesti u boleh dapat cepat dan silap hari bulan bertambah2 u punye... lepas tu kena racik balik... tapi... kalu u rapat... u mungkin selamat.'

setakat tu je la hasil dapatan... kalau de lagi, aku bagitau la ekkk...

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

Hati Seorang Wanita


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.



** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA
"

six days to our 4th anniversary

Kamju..

hahah... mcm sedap je nama tu kan... ni kawan aku la si nit yang citer.. ada nama kepada sedara mara kawan dia yang namanyer mcm tu...

tak kisah la kan.. kamjum ke, jumtu ke sabhad ke...

semalam merupakan hari yang aku rasa, mcm tak best sgt la. tunggu claim, upenyer tak check lagi, x ke tension nama tu.. dah la minyak dah naik rege. keje punye la byk semalam... nak buat, tak bape nak naik sheh...

hari ni, lupakan lah hal semalam kan.. aku kena siapkan report 2day...

ok lah... selamat pagi putera puteri...selamat pagi anak kecil... dah tak de ekk rancangan tu kat tv1 lagi kan..

Thursday, June 5, 2008

Kerana Telefon Buruk Ini!!!

Boring kan... Pagi hari dah kena bambu... bosan beb... tapi kerana telefon buruk aku ni hah... apa daya.. dah nak kena marah... redho je la...






Tapi den totap suko dan sayang h/p ni. psl ni h/p orang umah den punyo sojak dio anak daro laei...

Wednesday, June 4, 2008

Ohhh... Minyak... Harga Kau Naik Juga...

Baru je dalam post yang lepas saya mengingatkan agar kita bersedia menghadapi apa yang tidak dijangka akan berlaku...Dah pun berlaku...

Tadi, dalam keresahan mendapat berita kenaikan harga minyak berkuatkuasa pada malam ini... ada 2 mesej yang diterima oleh diriku.

"maka benarlah kata pbangkang semasa pru12 'minyak naik lg dlm bulan jun' dan ramai yang b'kata.. BN BANYAK NAIK, dan rakyat? Naik juga.. NAIK DARAH"
"sabar,jgn terikut2 nak pi isi minyak.X berapa sen boleh jimat.Patutnya naik harga makin kita jimat,ini pi beratur panjang2 makin abis minyak.kang belanggar tambah kos repair keta. Siapa pakai keta 1000cc kebwh,x payahlah pi beratur. Keta korang dah jimat dah.Sampai2kanlah pd kawan2. Melayu bijak!"


itulah hakikatnya... kita tak jangka Kerajaan akan umumkan kenaikan harga minyak esok. Tapi, apa boleh buat... kita sudah jangka ia akan naik... tapi tidak dalam masa terdekat. Kita memang bersedia untuk ia naik pada akan datang TAPI tidak pada hari esok. Tak timbul pmbangkang berjaya meneka bila minyak akan naik. KERANA minyak memang akan naik ekoran kenaikan yang mencanak2 di pasaran dunia untuk harga setong petrol.

Tadi juga, saya terlibat juga dengan program 'mari sama-sama panik minyak nak naik esok, takut minyak abis nanti'. Betul... setelah beratur selama satu jam setengah... tak sangka selama itu, psl masa berbaris, kenderaan bergerak setiap 9 minit, kemdian 5 minit kemdian 3 minit...akhirnya, saya berjaya mengisi minyak kereta wira ku. HAHAHAHAHA. Tak pernah ada pengalaman sebegini... kucar kacir stesen minyak petronas tadi. berlari-lari akak itu nak pergi membayar di kaunter... takut dimarahi pemandu-pemandu di belakang. Segala macam jenis kenderaan yang sungguh sabar berbaris. tak kira lah 1000cc ke bawah ke, 1000cc ke atas ke... Pakcik apek pam sebelah pun membebel-bebel... "tadi dalam berita ada kata lepas ini minyak naik, itu air sama api juga mau naik"... sejauhmana kebenarannya, kurang pasti... sebab saya terlepas menonton berita utama.

Seperkara, stesen2 minyak kelihatan tidak bersedia dengan tsunami kenderaan tadi. agak tak teratur perjalanan trafik. Sinar.fm pun ada mengumumkan kesesakan di hampir semua stesen minyak di seluruh negara.

Apa-apa pun yang berlaku sepanjang 6 jam menjelang detik kenaikan harga minyak... kita pasrah dengan ketentuan Ilahi... mungkin ada penjelasan esok oleh kepimpinan negara... Apa yang saya perkatakan pada my own sister yang merungut.. "kak, minyak memang akan naik, cuma kita tak tau bile, memang tak boleh elak, bejimatlah kita selepas ini ye".
Kepada udenikov dan sahabat2 udenikov, mungkin kita perlu berjimat cermat selepas ini. Berfikir yang perlu apabila berbelanja. Disamping berdoalah, mudah2an gaji naik... Amin...

macam nak beli motosikal la pulak...


@@ tepuk dada, tanyalah imam @@

Hujan... Kejadian Alam

La ni jam 4.56 petang. Dekat luar, hujan mencurah-curah dengan lebatnya. Mulanya perlahan... kini lebat... agak lama... bila pula hujan ni nak mulai perlahan. Aku tengah sabar la ni. Sambil menyaksikan kejadian alam yang diatur olehNya.

Sejak banjir besar melanda Johor beberapa tahun sudah... banyak perkara yang susah untuk kita jangka selain bersedia. Tapi, lumrah manusia... kebiasaannya sudah tercucuk paku di tapak kaki, baru nak dibuang papan yang usang itu.

Sebagaimana taufan nargis dan gempa bumi kuat di China, serta gempa bumi yang melanda di Bukit Tinggi, Malaysia dan di Sabah, kita tidak pernah menduga ia akan berlaku. Tapi, pernahkah kita ingat dan ambil tahu? Ini semua sebagai salah satu tanda dan amaran, bahawa bumi kita sudah terlalu lama di dalam orbitnya? Atau kita buat-buat tak tahu? Atau... kita berkata "ala, lek ar beb. Gua tahu la."

Semoga apa yang berlaku saban hari... gempa di sana, taufan di sini, banjir di sanun, tanah runtuh di hujung sana... akan membuatkan kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang kita sendiri tidak tahu akan berlaku kepada kita. Kalau tidak harta benda kita yang ditimpa... mungkin sudah tiba masa kita dan orang-orang kita sayang memejam mata meninggalkan harta benda. Tiada siapa tahu, entah esok entah lusa entah bila...

Renung dan fikirkanlah... hujan masih belum berhenti... 5.10pm

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

Hemoglobin Papa dan Mama ada pada Abang dan Angah


Ini lah anak-anak penyeri, buah hatiku dan isteriku...
Muhammad Aiman Alif (24 Jun 2005)
Muhammad Ammar Arif (26 November 2006)

Ado orang kata... abang ni fotostat muka papa...

hah... Angah ni pulak ikut muka mama...

Gambo pi MISA, Putrajaya. Dalam ERL.

huhu... ponek balik longgeng. Abang tu nampak jo macam tido, padahal berlakon jo. Kira turun jugak la bakat terpendam papa+mama dekat abang.


updated: 4.41pm

Pe'el @ Tingkahlaku @ Perangai


Dulu masa sekolah agama, ingat lagi subjek bahasa arab. Ada Fi'lu Mudhariq.. Fi'lu 'Amar dan apa tah lagi...
Cerita psl pe'el orang ni kan... takkan kucing pulak. dah la ku ini gerun dengan miow miow ni. mcm2 perangai manusia kite boleh peratikan hari-hari kan.
Ada yang tak boleh tengok orang lain hepi, riang ria, ketawa... katanya kalau banyak ketawa banyak pulak salahnya bila buat keje... iye ke? mungkin ye... mungkin nehi nehi...
Ada yang suka mencatas orang... perghhh... ini lagi la... malas ahh nak citer.
Ada yang suka perati orang lain lak... mcm adik kembar thailand den kat bawah ni yang tak seiras malahan tak serumah pun ni...

Betul takkk????

Ada yang suke sangat cakap bahasa melayu baru. bukan baru apa pun... suke-suke hati jek dia mengubah perkataan2 sedia kala. Tapi kawan macam ni memang seronok pe.. seronok gua kutuk... hua hua hua...

Tapi itulah perangai-perangai kawan-kawan dan orang sekeliling kita ni... menghiburkan dan memang perlu mereka berada di dalam radar kite.

sekian...

13.02 dokek mejo den...

Bermulanya...

3 Jun 2008... bermulanya diri aku ini mencoret sesuatu dalam aliran media baru masa kini... blog...

Bukan tak de blog sebelum ini, tapi blog-blog tersebut lebih kepada kerjaku sebagai pekerja dalam malaysia ni.

Hari ini... bukan tak nak buat kerja, tapi disebabkan terlalu banyak sangat kerja. Jd, ala-ala nak menghilangkan tension (tension ke?) bermacam-macam aktiviti dan topik yang diperbualkan bersama rakan-rakan se'papan' ku ini.

Antaranya... sejak semalam kami ni terpikio apa la lagu yang susan lankester nyanyi... jenuh dipikirkan tajuk lagunya... lirik lagunya... melodinya... satu pun tak berdayo memikirkannya... apa lagi, bila dah tak dapat sesuatu yang sentiasa bermain di fikiran masing-masing... mulalah tak boleh concentrate lah... tak boleh duduk diam lah...(alasan je tu)... segala teknologi yang ada depan mata ni dipergunakan oleh kami ini. orang-orang yang NAK TAHU JUGAK LAGU TU CAMNE... ARRGHHHHHHHHHH!

akhirnya...

Antara Dua Zaman
Pabila Mereka Duduk
Aku Berdiri
Pabila Mereka Jalan
Aku Berlari
Pabila Mereka Tepuk
Aku Berdiam
Pabila Mereka Riang
Aku Bersedih
Ganjilkah Sikap Diri Ini
Songsangkah Pengaliran Seni
Ku Menghormati Caramu Itu
Kau Mencaci Cara-caraku
Yang Hanya Menjalinkan Kita
Budaya Dua Zaman
Dapatkah Kau Menghayatinya
Dunia Seni Yang Kualami
Melodi Lama Susunan Baru
Dua Era Bernadikan Satu
Pabila Mereka Tidur
Aku Berjaga
Pabila Mereka Kerja
Aku Bermimpi
Pabila Mereka Duduk Tutup
Aku Membuka
Pabila Mereka Keji
Aku Memuji
Selesai sudah misi...
12.19 T/hari