CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Monday, September 22, 2008

Kuih Raya Bersambung Lagi...

Kesibukan menyiapkan kuih dan biskut raya diteruskan pada sebelah petangnye. Macam biasa lah... menu petang ni.. kuih suji dengan. Feberet udenikov sejak kecik. ingat masa darjah 4, ikut along dgn angah beraya kat majidee... hahahaha dokek 6 kali tuan rumah tu salin bekas kuih suji. yang makannya, udenikov sorang. hahahahah sedap giler... sebab tu, tiap2 tahun kuih suji mesti ada dalam barisan kuih-kuih di pagi raya. dan biasanya akan habis dulu berbanding kuih yang lain.



kuih suji yang dah siap

tatkala nombor dipanggil utk masuk dalam ketuhar.. ewah ketuhar ko...

isteri udenikov tengah dok check dah leh tanggal ke lum kuih tu dr bokeh



Udenikov dok pesan dgn bini udenikov, kang time buke, rasalah terus kuih muih ni... mana tau, tutp-tup baby telah bersedia nak kuar, tak dapat nak merasa kuih raya.

hah... ni kes hari ahad lak... buat kuih tat nenas and biskut nestum. Seba berelum terlupa, penaung program tahunan buat kuih secara berjemaah adalah abah dan mak udenikov. ketua memasak, angah udenikov the mc gyver, ajk wajib terdiri along,udenikov&bini udenikov, ajk kecil ain & jun. Adik udenikov tak dapat bersama sgt, sibuk. kakak udenikov pun, psl dia berniaga kat bazar. kira dorang ni... pemeriksa kira-kira lah.


Inti nenas .. angah siapkan malam semalam.

proses penghasilan biskut nestum tak dapat dipaparkan... bukan apa, udenikov collpase la ahad semalam... letih giler beb...


perjuangan membuat kuih dan biskut diteruskan angah and along hari ni. Angah udenikov amik cuti. udenikov cuti jumaat ni. lagi pun harini bawak isteri udenikov check up. Adik beradik semua harap kalau nak bersalin, biolah in this week. minggu depan semua dah sibuk... hahahahah udenikov yang kena siap siaga.

Saturday, September 20, 2008

Hari Raya Makin Terasa

Hari ni, udenikov sekeluarga telah mula menyibukkan diri. sibuk pasal pe lagi? pasal buat kuih raya la... Menu pertama hari ni ialah buat kuih bahulu. Lagipun, ada rakan-rakan bonda udenikov yang membuat tempahan. Seperkara, memang menjadi kelaziman keluarga udnikov duduk bersama-sama rewang buat kuih raya. teringat tahun lepas, satu hari kami berjaya membuat 6 jenis kuih raya untuk 5 keluarga.





Petang ni bersambung buat kuih lagi... dengo macam kuih suji, almond london etc...
udenikov tukang tengok je la hari ni... tak dayo nak nolong....


Sunday, September 14, 2008

Tercalon...

Udenikov baru balik dari perjumpaan ramah mesra bersama pemuda-pemuda dalam Bahagian Tebrau. Nanti udenikov masukkan gambar2 aktiviti semasa majlis tersebut dalam blog Pemuda Kg Pasir Putih.

Udenikov dapat makluman bahawa pencalonan udenikov selaku AJK Pemuda Bahagian cukup bagi membolehkan bertanding. Ok fine, coz udenikov dah dapat tahu semasa musim persidangan cawangan, udenikov ada dicalonkan. Tetapi, udenikov terperanjat jugak lah, psl tercalon juga untuk G10. wah wah wah... apa2pun, udenikov melahirkan rasa kesyukuran di atas pencalonan-pencalonan tersebut.

Udenikov mengambil keputusan untuk bertanding AJK Bahagian, tetapi tidak pada G10. Kerana udenikov sebenonyer dah memang mewakili cawangan ke persidangan bahagian. Jadi, tak perlu la bertanding G10.

InsyaAllah, jika mendapat undian yang cukup dalam AJK Pemuda Bahagian, udenikov akan membantu kepimpinan Ustaz Syahrin dalam memastikan Pemuda akan terus menggempur bagi memastikan Agama, Bangsa dan Tanahair udenikov tidak dijajah dan tidak diperlekehkan oleh orang lain.

@@@ Pemuda Gempur @@@

Friday, September 12, 2008

Ketabahanmu merobek jiwaku

Salam semua...

Tatkala menatap muka hadapan Utusan Malaysia hari ini, hati kecil udenikov yang berbadan besar ni begitu tersentuh. Melihatkan keadaan fizikal adik Siti Nabihah, udenikov pasti ramai umat Malaysia akan tersentuh melihat kecekalan adik Siti Nabihah menjawab soalan.

Terkonang-konang...

Udenikov teringat semasa darjah 5 dulu. Tatkala sepupu udenikov, Lili, jatuh sakit akibat jatuh basikal. Beginilah keadaannya sebagaimana adik Siti Nabihah. Memandangkan, hanya kami yang sebaya dan udenikov dikategorikan sebagai sedikit pintar dari Lili, maka udenikov ditugaskan mengajar Lili bagi mana-mana subjek yang terpaksa ditinggalkan oleh lili tatkala tidak sihat. Udenikov menangis sambil ngajo. Udenikov tak tahan bila melihat Lili menggeletar semasa menulis. Uwaaaaaaa.... udenikov dah la sensitip.

Begitulah kita kita semasa masih menghirup udara O2 di muka bumi ini. Semoga adik Siti Nabihah akan berjaya peperiksaan UPSR. Lili juga telah berjaya sekarang.

Melihatkan kehidupan harian, teringatkan pada Mim Alif Ta Ya.

Will continue...

@@@ Tambahkan Amalan @@@

Thursday, September 11, 2008

Didie, Mudon, K1 & Keluarga Diuji Lagi

Semalam, udenikov dapat perkhabaran sedih lagi dari sahabat udenikov, Mudon. His father in law, ayah didie meninggal di HSA semalam petang. Udenikov tak berkesempatan nak melawat semalam. tak berapa sihat.

Apa-apapun, keluarga mereka diuji Allah sekali lagi dalam tempoh sebulan. selepas pemergian Allahyarhamah Airin Jasmin pada 11 Ogos 2008. Semoga mereka terus tabah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Al-Fatihah

Wednesday, September 10, 2008

Gotong Royong Bulan Ramadhan

8 September lepas, bersamaan dengan 8 Ramadhan 1429H, aquariummate udenikov,si ain, dapat meja pegawai yang baru. Itupun selepas 11 bulan melapor diri di pejabat kami.
Ain kata "ooohhh... mak rasa tak keruan,campur berbaur, bersyukur ke hadrat Ilahi, walaupun dapat meja lambat, mak tetap dalam bilik aquarium ni lagi."

Jadi, memandangkan bilik ni muat utk 2 orang, tetapi dikumpulkan kami 3 orang, maka udenikov dan ain perlu melakukan transformasi ke atas dekorasi bilik kami. Udenikov dan ain sahaja yang ada, nit cuti. tapi, kalau dia ada, tetap tak boleh membantu kerana kami masti menghalangnya. bukan apa, nit tgh pregnant. mana bleh letih2 sgt.

berikut adalah gambar asal bilik kami. (lihat nur ain erica sedang posing memikirkan shot terbaik untuk transformasi aquarium kami)

udenikov sebagai buruh kasar utama. manakala ain sebagai nur ain erica (deco bersama erica) @ perancang utama.

manakala gambar-gambar berikut adalah suasana selepas transformasi.



itupun, perubahan ini ditegur secara berhemah oleh rakan-rakan udenikov yang lain. Bak kata udenikov kepada mereka, "kami dah lama hidup susah". Jadi, macam mana keadaannya sekalipun, kami yang akan menempuhinya hari-hari. malahan, mereka tetap boleh berkunjung ke aquarium kami. Alhamdulillah, nit pun boleh terima transformasi ini. Apa yang pasti, kat rumah, mcam dah dedar badan ni. letih beb...

Sekali pandang bila dah bukak pc, notebook, udeniko rasa macam dj radio plak. tambahan, lagu-lagu raya berkumandang selalu dalam aquarium kami ni.

@@ Selamat Berpuasa untuk 20 hari akan datang @@

10 Ramadhan

Genap sudah 10 hari abang ipar udenikov ke tanah suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan Umrah. InsyaAllah hujung minggu ni, kembalilah ke bumi Malaysia. Udenikov sertakan gambar-gambar semasa menghantar abang ipar ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Suasana Raya dah mula terasa?

Hari ini udenikov tgk suasana pejabat udenikov dah mula dihiaskan dengan ketupat lip lap. tgklah gambo di bawah ini.

Banyakkan lip lapnye...

tetapi, sebenonyer.. ada perkara yang berligar di fikiran udenikov dengan pemasangan ini....

Biarlah...

@@@ lu fikrlah sendiri.. ehhh.. fikirlah sama-sama @@@

Friday, September 5, 2008

Gumbira

Semalam dah sayu kan...

Hari ini, udenikov gembira la pulak... pasal mantan bos udenikov dapat semula pulang ke johor untuk bertugas. Walaupun bukan di tempat yang sama dengan udenikov, sekurang-kurangnya masih dalam lingkungan kerja udenikov. hahahahahaha... seronok.

lagi satu, udenikov tumpang gembira jugak la.. bila mana member aquarium mate udenikov, si nit la... disahkan mengandung.. almost 10 weeks.

udenikov sedang menghitung minggu


@@@ perbanyakkan amalan @@@

Thursday, September 4, 2008

Sayu...

Semalam udenikov sayu pulak.

pertama.
Sayu baca akhbar Utusan yang membawa cerita dua keluarga yang terus-terusan menanti anak-anak mereka yang hilang dari pandangan mata. Adik awie dan adik sharlinie. Semoga Allah memelihara kesihatan mereka walaupun dimana mereka berada.

kedua.
sahabat udenikov baru balik dari umrah. An memberi satu minyak athar. Tatkala membaunya, udenikov sayu dan sedih. bukan apa, terkenang duduk di sana selama 43 hari. Bau inilah yang udenikov hirup di sana. Mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki kpd udenikov sekeluarga. Teringin nak ke sana lagi. Udenikov pun dah daftar haji sekali lagi bersama isteri udenikov. InsyaAllah, kalau ikut perkiraan, tahun 2021. Buat masa ni, abang ipar udenikov berada di sana menunaikan umrah.

@@@ banyakkanlah amalan @@@

Salam Ramadhan

Tak kira la kan... nak kata dah lambat ke tak... baru 4 ramadhan kan... nak kongsi sms yang udenikov bagi pada rakan-rakan yang lain (mana sempat la ekk)

"Sejak 11 bulan lalu kita diekori syaitan2 yang direjam! Rebutlah peluang sebulan yang ada, mendekatkan diri pada-Nya,perbaiki rohani. Yg pasti,syaitan akan terus menggoda kita lagi utk 11 bulan mendatang. Atau mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir? Salam Ramadhan."