CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Sunday, April 5, 2009

Lagi 3 hari...



1. Lagi tiga hari Udenikov nak balik JOhor.

2. Rindu nak memain dengan anak-anak. Abang, Angah dan Adam.

3. Gambar di atas tu, di mms kan oleh mama mereka untuk papa mereka. Gambar diambil pagi semalam di Tasik Hutan Bandar Putra.

4. Memang menjadi kesukaan Abang khususnya memberi ikan makan.

5. Sepanjang minggu lepas, Angah dan Adam demam. Risau jugak. Lepas depa baik, Abang pulak yang demam. Alhamdulillah dah sihat dah semua. Orang tua-tua kata, budak kalau demam, pasal depa mencari kita yang tak ada depan mata dorang.

6. Tapi, heran gak... awat mama dia tak demam ekk... huhuhu. tak windu ke????

7. Tungguuuuu...

Wednesday, March 25, 2009

4 hari sudah..


1. Hari ini adalah hari keempat udenikov meninggalkan anak-anak dan isteri. Kiranya kalau pada saat ini, pada hari Ahad lepas, Udenikov masih melayan anak-anak di rumah sebelum dijemput Abahnda ke Kuala Lumpur.

2. Udenikov ke Kuala Lumpur atas urusan kerja Parti. Walaupun bukan bersama JASA dan Pemuda Bahagian, Udenikov tetap merasakan keperluan untuk sama-sama di dalam majlis perhimpunan terbesar setiap tahun bagi Orang melayu.

3. Udenikov menetap di Grand Season Hotel bersama-sama perwakilan dan jentera dari Negeri Johor.

4. InsyaAllah, Udenikov akan memastikan YAB Menteri Besar Johor akan berjaya menduduki kerusi MKT pada penggal ini sebagaimana penggal sebelum.

5. Ok lah... nak cerita sedikit kisah anak-anak yang ditinggalkan. Sedih la pulak.

6. Abang Alif memang selalu bergaduh dengan Udenikov. Orang tua kata, bila anak lelaki ikut muka kita, memang selalu je nak bercanggah pendapat. Tapi itulah anak yang akan menjadi best friend kita.

7. Malam pertama udenikov di KL, Abang menangis sebab tunggu papanya tak balik2 rumah. Maklumlah, Abang akan selalu tidur dengan papa di rumah. Angah dengan Adam akan tido dengan mama. Syekali syekala jek udenikov dapat tido dengan isteri udenikov. hahahahahaha...

8. Malam kedua, udenikov dimaklumkan Abang tak lena tidur. sekejap kang dia bangun, salin suar. Huhuhu. Sekajap kang dia bangun tengok katun... Mamanya kata dia mencari papanya. Adusss... sedih pulak. Padahal Abang selalu tinggalkan papa bila dia tidur umah atuknya di Pasir Gudang.

9. Abang ni, cari2 jugak papanya, tapi bila papa telefon, jangan lah harap dia nak bercakap dengan papa. takut nangis kot.. ke papanya yang takut nangis. Ada sekali tu, udenikov call. Bibik jawab and panggil abang. Dia tak naka cakap, pasal dia kata Bibik tipu! huhuhuhu.. sian bibik ku.

10. Apa2 pun udenikov selalu mms pada dorang kat umah. baru 25hb hari ni. Udenikov kena ke Bukit Gantang dari KL ni sampai 8hb April.

11. Kiranya, apa yang udenikov lalui dan anak-anak serta isteri udenikov lalui ini adalah hampir kepada ulang tayang apa yang berlaku dahulu kala.

12. Dulu, udenikov dan bonda serta adik beradik selalu ditinggalkan abahnda semasa abahnda bertugas di JHEK.

13. Putaran kehidupan mematangkan kami anak beranak.

14. Ya Allah, peliharalah keluargaku yang ditinggalkan.

Thursday, February 26, 2009

Kenapa dengan daku ini???

posting terkini 12.08pm

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. - Bernama
ALAMAK!!!


posting awal
Kenapa dengan aku ni???

Arghhh... semenjak dua menjak tiga jejak ni, aku jadi tak keruan. Pemarah... Pendiam...

Minggu lepas abis bini aku dimarah2. Sian Puan Salmah Hj Baba. Padahal bendenyer kecik jek. Aku bagi duit, dia tak nak. Diletakkan dalam dashboard. disuruh amik, dia kata nanti dia amik. Aku paksa2. Arghhhh... Padan muka aku... marah2, sampai tak dapat ciuman pagi tatkala berpisah di depan ofis Uniasia. Tapi alhamdulillah... ego dan kemarahan suami telah reda tatkala melihat ketenangan isteri.

Ni kisah kedua. Sejak Isnin lepas... aku tak tau kenapa secara tiba2 aku jadi hangin dengan ain dan nita... secara tak langsung aku terus jadi pendiam. tak berbual, tak makan bersama, tak bergelak ketawa. Malah, nak melihat muka mereka pun aku rasa menyampah... meluat... Ampunilah dosaku YA Allah! Farhan pun perasan. Aku cuma tak tau kenapa... adakah aku di 'perlakukan'??? Wallahu'alam. Mudah2an tidak. To my pren yang dah mcm adik beradik aku... ain, nita, kak den, ila, farhan... i'm sorry k. Aku berdoa agar, setan2 yang cuba menganggugugat keakraban kita, akan direjam!!!

Aku terus2an menjadi pendiam...

Hari ini, jiwa yang tak keruan, bertambah remuk redam... kenapa orang2 dalam pejabat ni berperasaan macam bagus sangat hah??? i'm still this office's staff!!! Kenapa timbul cerita aku bukan lagi orang pejabat ini??? kenapa aku dituduh sudah menjadi orang Bukit Timbalan (argghhhh bukit lagi). bukan aku je!!! uncle pun terlibat!!! busuk bona la hati korang ni??? kenapa??? salahkan kami baik dengan bekas boss??? Salahkah kami bekerja dengan bekas boss? Salahkah kami berbincang dan berbual dengan bekas boss??? Salahkah kami bercerita kisah politik dengan bekas boss??? Bekas boss kami ni kan bekas boss korang apa... dan kisah-kisah politik juga berkait rapat dengan korang!!!

Aku terus2an menjadi pendiam... aku serba salah...

Friday, February 20, 2009

Me and my wife


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Tuesday, February 17, 2009

Fikir masa depan.

Itulah dialog yang diulang dengar sebanyak dua kali dalam cerita Geng:Pengembaraan Bermula.

Sabtu lepas Udenikov bersama isteri dan dua orang anak (Abang dan Angah) ke Jusco Tebrau City untuk menonton Cerita geng. Pengaruh si kembar botak memang kuar sehhh... bukan anak2 je nak tgk... mak bapak budak pun sibuk nak tengok.

Jumaat 13 Februari:

Angah kata dia tak takut tgk wayang. Walaupun sentiasa takut bila tengok promo geng dalam cerita upin ipin. especially masa adegan ala2 seram.

Abang kata dia pun tak takut... walaupun, hakikatnya memang dia takut tempat yang gelap. hahahahahaha

Sabtu 14 Februari (hari kejadian)

pagi->rumah
angah masih berani
abang pun berani

pagi->jusco tebrau city (kaunter tiket)
angah kata "angah ani pa"
abang secara tiba2 menangis nak balik. Tak mau tengok wayang. mula lah episod takut nak masuk panggung.

decide gi makan kfc, pujuk2...

masa tayangan dah nak mula-> dalam panggung
Angah pulak secara tetiba menangis sekuat hati... arghhh sudah... terbalik la pulak. psl abang dah berani.

End of the day. Hanya abang dan papa je yang menonton. Angah dengan mama, lepak luo...

hahahahaha mama tak mau ajak angah gi tgk wayang lagi.

Wednesday, January 14, 2009

Pengalaman...

Salam semua...

1. Genap seminggu Udenkov berada di Kuala Terengganu.

2. Terasa rindu kepada isteri, anak-anak, keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan di negeri Johor.

3. Pengalaman berada di tempat orang memang dihargai oleh Udenikov.

4. Melihat persekitaran, suasana, orang-orang Ganu Kite banyak menuntut minda udenikov berfikir.

5. Pelbagai ragam manusia yang udenikov jumpa. Tak kira lah sesama jentera parti Udenkov mahupun Jentera parti lawan.

6. Seronok memerhatikan gelagat mereka. Insiden siapa lebih fanatik... siapa lebih kuat kerja... siapa lebih cakap dari bekerja... siapa yang memang keje kuat...

7. Udenikov bercampur gaul dengan jentera dari peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi.

8. Apa-apa pun duduk di rumah Johor memang menyeronokkan walaupun tak sehebat duduk di rumah sendiri...

9. Salam sayang udenikov buat Mama, Abang Alif, Angah Ammar dan Adik Adam...

Sunday, January 4, 2009

Hari Bersejarah Politik Udenikov


1. Tanggal 1 Januari 2009, udenikov telah diberi kepercayaan untuk bersama-sama dalam kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau. Detik bersejarah dalam hidup udenikov.

2. Udenikov sudah biasa dalam politik di dalam Bahagian Tebrau, tetapi lebih kepada pemerhati dan pekerja di balik tabir.

3. Apa-apapun, udenikov nak merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Syahrin yang telah memberi kepercayaan kepada udenikov.

4. InsyaAllah udenikov akan curahkan ilmu dan pengalaman yang ada untuk bersama-sama memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair.