CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Monday, December 29, 2008

Sebak...

1. entah kenapa hati udenikov terasa sebak tatkala membaca artikel Hj Jailani Sidek dalam utusan. Bila membaca dugaan yang diterima semasa di Arafah cukup untuk mensoyat2 hati udenikov.

2. Udenikov teringat zaman bujang mengerjakan ibadah haji tahun 2003 yang lalu. Entah bila dapat menjejakkan kaki ke sana lagi. Moga diperkenankan impian udenikov ini. Teringin nak bawa isteri ke sana. Tak kisah la... ada rezeki buat umrah dulu ke... atau dilimpahkan rezeki untuk menunaikan ibadah haji ke...

3. Udenikov dan isteri dah daftar haji dah... kalau ikut komputer tahun 2021... dan udenikov memang target dalam 10 years lagi. masa tu, insyaAllah, hutang dua kereta ni dah abis. kalau terbeli keta lain, kenalah loan pendek jek... tak leh lelama...

4. Terkenang juga masa di Madinah, Almarhum YDPA ketika itu mangkat (Almarhum Sultan Selangor). Kat sana, tgk CNN je la, kalau nak tau berite. Alhamdulillah, tadi dapat juga tengok siaran langsung pemakaman Almarhun Tuanku Jaafar. Al-Fatihah...

@@@ Setiap yang bernyawa pasti menemui mati @@@

Saturday, December 27, 2008

Tolak Lantikan

1. Umum di pejabat udenikov tahu (cuma sebahagian je tak tahu atau buat2 tak tahu), semasa bekerja di bawah DGM, udenikov diberi tanggungjawab besar memikul bahagian GSPD di negeri Johor.

2. Namun, setelah DGM keluar, pewaris pemerintahan pejabat udenikov dan sahabat2 menyatakan perlantikan udenikov dan 3 yang lain tidak sah walaupun ada surat dari ibupejabat. Layannnnnn..........

3. Kemudian, datang seorang dari ibu pejabat lapor diri di Johor. terus diberi jawatan udenikov kepada dia.. jawatan uncle udenikov pada si sorang lagi...

4. Tak kisah la.. kami tak diiktiraf agaknya... tapi, kenapa yang baru dtg tidak cuba memberi cdgn agar yang lama masih dikekalkan... hairan jugak la... tak tuduh.. tapi, bukan ke mcm tu lebih manis.

5. Kendian, usaha memujuk (ehh boleh ke)... cuba dibuat. tapi udenikov tak layan... hahahahah eksen.. ishh bukan .... cuma 'ku sedar diri ini...' (mcm lagu ukay's)...

6. Tetiba, masa udenikov cuti, udenikov dihubungi rakan se'insang' yang lain yang menyatakan udenikov dilantik memegang satu unit dibawah dia itu.

7. Apo laei... udenikov tetap dengan kekerasan pendirian... tak terima lantikan itu... dan insyaAllah kalu bos baru masuk dan ganti yang sedia ada.. mungkin lembut hati udenikov.

Hanya Allah jua yang tahu...

Wallahu'alam...

@@ Tepuk in dada, tanya in iman nya @@

Friday, December 26, 2008

Kembali...

Citer persidangan... lama dah berlalu... semua ok. Udenikov bertanding AJK Pemuda... tetapi kekalahan yang menjengah di muka udenikov. Tak pe la.. percubaan...

Udenikov nak mengimbas kembali saat kelahiran Adam. Putera ketiga dari tiga orang putera.

1. Udenikov telah lama bersiap sedia. berulang alik dari pasir gudang - kulai. Sebab tahun ni beraya di Johor.

2. Isteri udenikov pernah ditahan dalam wad pada malam hari raya kedua. Contraction mula berlaku. Tetapi.. mcm biase arr.. kena tahan semalam jek... tak de tanda. dan itulah adalah False labour.

3. Lebih kurang jam 3.00 pagi, 17 Oktober.. udenikov tersedar dari tidur tatkala dipanggil isteriku tercinta. Upenyer dah setengah jam dia panggil. Udenikov tak dengo. Letih la agaknya. Sekali udenikov bangun, udenikov diberitahu isteri udenikov rasa macam terkenc... tapi bila tengok, macam air kencing campur air ketuban. Tanpa berlengah.. udenikov kojutkan bibik. Terus kami ke Hospital Kulai.

4. Macam biase... udenikov tak nak gabra.Memandu secara berhemah..5 minit je. Itupun selepas dilanggo semua lampu merah. Tak de kenderaan.

5. Sampai je, terus check. Dr cakap, suspek baby dah makan najis (psl tu air ketuban kuning) dan jalan baru bukak 1 cm. Rasanya masa tu, macam tak de darah je kat muka ni. Udenikov takut. Kami dinasihatkan agar dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. First time isteriku naik ambulan. Udenikov gerak dulu... konon nak follow ambulan... tak sanggup, tekan punye tekan jejak 120km/j. tak berani...

6. Sampai spital terus check lagi, dah bukak 3 cm... dan dr cakap boleh deliver normal. apa lagi terus la masuk labour room. Teman isteriku. Macam masa Abang Alif gak.

7. Dipendekkan cerita, isteri udenikov dah dimasukkan ubat gesa... sampai dah tak larat, baby pulak menelentang. Dr suggest soh wat forcep. C section bahaya. nak tak nak, udenikov redho dan berdoa. Ikut prosedur, udenikov tak dibenarkan ada bersama psl nak forcep. Tapi dr bagi peluang teman isteri.

8. UUUUhhh mak aiiiiih, bosa tu forcep punya barang. ish ish ish ish.. beso pengorbanan seorang ibu. Tak pe la, yang penting isteri udenikov tak nampak alat tu. Alhamdulillah baby boy selamat dilahirkan walaupun ada tanda di bawah mata dan di dahi. (tanda di dahi masih ada sehingga la ni).

3 orang anak lelaki... dilahirkan di 3 hospital berbeza dengan 3 tanda sebelum melahirkan yang berbeza dan 3 cara melahirkan yang berbeza. Ni udenikov share dengan incik2 semua lah.

A - Muhammad Aiman Alif, lahir 2 minggu awal (24 Jun 2005), mama tak de morning sickness, papa yang tanggung dan mengidam, sepanjang mengandung tiada kesakitan sangat. Tanda sebelum lahir - lendir. Susah dilahirkan apabila kena Vacuum. Dilahirkan di Hospital Penawar Pasir Gudang.

B - Muhammad Ammar Arif, lahir sehari sebelum tarikh due (26 November 2006), mama teruk morning sickness, agak sakit dan letih sepanjang mengandung, mama pernah jatuh tergelincir. Tanda sebelum lahir - air ketuban pecah di rumah. Mudah dilahirkan,naik je katil, terus bersalin. Dilahirkan di Hospital Kulai.

C - Muhammad Afiq Adam, lahir pada tarikh due (17 Oktober 2008), mama teruk sepanjang mengandung, masuk spital 2 kali (false labour & Diarhea). Tanda sebelum lahir - air ketuban pecah kat rumah dan berwarna kuning. Agak payah dilahirkan & guna forcep. Dilahirkan di Hospital Besar Johor Bahru.

Apa2pun.. udenikov sekeluarga bersyukur dengan kehadiran 3 hero dalam hidup kami. Bonda udenikov dah warning suruh 'berhenti' dulu. berehat la senang citer, "sian mak tengok salmah tu". Tapi (dalam hatiku berkata)... kami nak 5 orang anak. Sekarang ni... tengah congak2 bila nak try untuk next baby girl mission... any suggestion?