CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Thursday, July 31, 2008

Masa sibuk ujung minggu.

Dah masuk minggu ke-3 udenikov sibuk memanjang. Maklumlah, sebagai ahli parti, udenikov perlu menunaikan tanggungjawab udenikov. Udenikov idak lah bertanding apo2 pun... tapi, kalu ada pencolanan, nak wat cemana. ewaaahhhh (tak mengharap pun). Btw, selaku setiausaha pemuda, udenikov dah siapkan buku persidangan. tunggu je la mesyuarat ujung minggu ni.

Jadi, udenikov menyeru kepada semua ahli di cawangan udenikov yang membaca blog udenikov ni agar dapat hadir ke mesyuarat. Perjuangan perlu diteruskan.

Alahai si abang...

Abang adalah peminat Elyana... ahaks.. jgn tak tau. penah sekali tu, dia simpan gambo elyana dalam lemari baju dia... ewahhh siap jaga pintu lemari supaya orang lain tak tgk gambo tu... so, last 2 nite, udenikov adalah berbual dengan abang...

papa : Abang, awek abang elyana dah nak kawin ujung tahun ni.

abang: alaaaa... (dengan muka)

selepas papa tgk abang mcm bad mood, papa pun tanya...

papa: kenapa bang? macam kecewa jek...? (mcm tau jek kecewa tu apa)

abang:a'ah....

pastu abang berlari kepada mama, sambil..
abang:
mama, awek abang nak kawin dahhh.. cemana ni mama...

papa: nanti papa carikan yang lain je la...

abang: a mauuu

alahai anak papa sorang ni... hormon testeron dah byk kot...
so, semalam, bukan main khusyuk tgk elyana dalam renjis @ astro ria... tak do harapan papa nak tengok cito lain...

Wednesday, July 23, 2008

Jangan jadi Pe'bowl'

hidup ni, jangan jadi pe'bowl' ok. tak faham? ala... Pemangkuk la... Jangan ingat kita ni bagus ke. Udenikov tengok suasana persekitaran kerja udenikov semakin tidak menyeronokkan. Semakin sedih dan sedih udenikov di sini. Hanya rakan-rakan se'aquarium', rakan se'kepala' yang menjadi penguat semangat walaupun udenikov dan uncle (ehh uncle pun ahhh sekali, sama jek situasi kami ni), dikecam, dibelakangi, dikata. Betul kata mantan ketua udenikov, kena banyak bersabar. Walaupun tahap kesabaran ni dah tak bisa dibendung.. udenikov cekalkan semangat. Jangan mudah mengalah. tapi, akhirnya udenikov mengalah dengan melepaskan satu jawatan yang diberikan oleh mantan ketua udenikov.


pada udenikov, biarlah kita lepaskan tanpa disuruh. Kerana udenikov sendiri merasakan ketua udenikov menyatakan memang udenikov tidak cekap, cuba 'membelakangkan' ketua, udenikov perlahan, udenikov tidak tahu buat kerja, udenikov tidak layak. tapi udenikov yakin, ketua udenikov ni orang yang tidak mempunyai pendirian. MUDAH GOYAH. Sekarang ni udenikov perhatikan, ketua udenikov ni rapat semula dengan orang yang pernah 'diludahi'. HAHAHAHAHAHAHA nampaknya, ketua udenikov ni meludah ke langit, kena semula ke mukanya. Udenikov perhatikan sahaja... sebab udenikov ni walaupun baru setahun jagung di kantor ini, udenikov dah boleh baca perangai dan karenah orang-orang di sini. Tak apa la udenikov. sekurang-kurangnya udenikov tekah menjadi orang biase-biase jek. Tugas hakiki udenikov bolehlah udenikov teruskan.Jangan pulak orang-orang luar kata udenikov ni tak pandai menjalankan tugas-tugas hakiki lepas ni. Ngerti?



luahan emosi kerana jiwaku kacau ... 11.06 pagi

Kembali...

Salam semua, lama giler udenikov tinggalkan blog udenikov ni. Tuntutan kerja harian menghalang udenikov aktif dalam penulisan blog peribadi ni.
Selama udenikov meninggalkan blog ni, udenikov terlepas mencatat kenangan peribadi:-

Tanggal 24 Jun 2008, anaknda udenikov no 1, Abang Alif la.. menyambut ulang tahun kelahiran ke-3.

Tanggal 26 Jun 2008, anak buah udenikov yang no 1, Yuceja (nama manja) menyambut ulang tahun kelahiran ke-18.

Tanggal 30 Jun 2008, bonda tercinta Hajah Hajizah Hj Ibrahim menyambut ulang tahun ke-62.

Biasanye, sambutan akan dibuat untuk meraikan ketiga-tiga mereka, namun Yuceja berada di Kolej Matrikulasi Changlun, dan macam tak cukup korum la. Jadi, kami tangguh kan dulu. Tak kisah la, janji ingatan yang lebih penting.

Tanggal 14 Julai 2008 yang lepas, Udenikov sendiri menyambut ulang tahun kelahiran ke-30. dah tuo dah... Isteri tercinta buat surprise party kat rumah. Kebetulan isteri udenikov bercuti sebab ada exam di OUM. ye ye ahhh je dorang anak beranak buat besday party buat papa dorang. Anyway, Papa Luv U All. mmmmmmmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuuuaah.

Ok sekian ni dulu.

Thursday, July 10, 2008

Maafku pinta

belum berkesempatan untukmeluangkan masa di blog.

Maafkan diriku kerana menghilangkan diri.