Thursday, July 31, 2008
Masa sibuk ujung minggu.
Posted by Udenikov at 5:19 PM 0 komentar
Alahai si abang...
papa : Abang, awek abang elyana dah nak kawin ujung tahun ni.
abang: alaaaa... (dengan muka)
selepas papa tgk abang mcm bad mood, papa pun tanya...
papa: kenapa bang? macam kecewa jek...? (mcm tau jek kecewa tu apa)
abang:a'ah....
pastu abang berlari kepada mama, sambil..
mama, awek abang nak kawin dahhh.. cemana ni mama...
papa: nanti papa carikan yang lain je la...
abang: a mauuu
alahai anak papa sorang ni... hormon testeron dah byk kot...
Posted by Udenikov at 4:54 PM 0 komentar
Wednesday, July 23, 2008
Jangan jadi Pe'bowl'
pada udenikov, biarlah kita lepaskan tanpa disuruh. Kerana udenikov sendiri merasakan ketua udenikov menyatakan memang udenikov tidak cekap, cuba 'membelakangkan' ketua, udenikov perlahan, udenikov tidak tahu buat kerja, udenikov tidak layak. tapi udenikov yakin, ketua udenikov ni orang yang tidak mempunyai pendirian. MUDAH GOYAH. Sekarang ni udenikov perhatikan, ketua udenikov ni rapat semula dengan orang yang pernah 'diludahi'. HAHAHAHAHAHAHA nampaknya, ketua udenikov ni meludah ke langit, kena semula ke mukanya. Udenikov perhatikan sahaja... sebab udenikov ni walaupun baru setahun jagung di kantor ini, udenikov dah boleh baca perangai dan karenah orang-orang di sini. Tak apa la udenikov. sekurang-kurangnya udenikov tekah menjadi orang biase-biase jek. Tugas hakiki udenikov bolehlah udenikov teruskan.Jangan pulak orang-orang luar kata udenikov ni tak pandai menjalankan tugas-tugas hakiki lepas ni. Ngerti?
luahan emosi kerana jiwaku kacau ... 11.06 pagi
Posted by Udenikov at 10:51 AM 1 komentar
Kembali...
Selama udenikov meninggalkan blog ni, udenikov terlepas mencatat kenangan peribadi:-
Tanggal 24 Jun 2008, anaknda udenikov no 1, Abang Alif la.. menyambut ulang tahun kelahiran ke-3.
Tanggal 26 Jun 2008, anak buah udenikov yang no 1, Yuceja (nama manja) menyambut ulang tahun kelahiran ke-18.
Tanggal 30 Jun 2008, bonda tercinta Hajah Hajizah Hj Ibrahim menyambut ulang tahun ke-62.
Biasanye, sambutan akan dibuat untuk meraikan ketiga-tiga mereka, namun Yuceja berada di Kolej Matrikulasi Changlun, dan macam tak cukup korum la. Jadi, kami tangguh kan dulu. Tak kisah la, janji ingatan yang lebih penting.
Tanggal 14 Julai 2008 yang lepas, Udenikov sendiri menyambut ulang tahun kelahiran ke-30. dah tuo dah... Isteri tercinta buat surprise party kat rumah. Kebetulan isteri udenikov bercuti sebab ada exam di OUM. ye ye ahhh je dorang anak beranak buat besday party buat papa dorang. Anyway, Papa Luv U All. mmmmmmmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuuuaah.
Ok sekian ni dulu.
Posted by Udenikov at 10:42 AM 0 komentar
Thursday, July 10, 2008
Maafku pinta
belum berkesempatan untukmeluangkan masa di blog.
Maafkan diriku kerana menghilangkan diri.
Posted by Udenikov at 2:35 PM 3 komentar