CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Friday, December 26, 2008

Kembali...

Citer persidangan... lama dah berlalu... semua ok. Udenikov bertanding AJK Pemuda... tetapi kekalahan yang menjengah di muka udenikov. Tak pe la.. percubaan...

Udenikov nak mengimbas kembali saat kelahiran Adam. Putera ketiga dari tiga orang putera.

1. Udenikov telah lama bersiap sedia. berulang alik dari pasir gudang - kulai. Sebab tahun ni beraya di Johor.

2. Isteri udenikov pernah ditahan dalam wad pada malam hari raya kedua. Contraction mula berlaku. Tetapi.. mcm biase arr.. kena tahan semalam jek... tak de tanda. dan itulah adalah False labour.

3. Lebih kurang jam 3.00 pagi, 17 Oktober.. udenikov tersedar dari tidur tatkala dipanggil isteriku tercinta. Upenyer dah setengah jam dia panggil. Udenikov tak dengo. Letih la agaknya. Sekali udenikov bangun, udenikov diberitahu isteri udenikov rasa macam terkenc... tapi bila tengok, macam air kencing campur air ketuban. Tanpa berlengah.. udenikov kojutkan bibik. Terus kami ke Hospital Kulai.

4. Macam biase... udenikov tak nak gabra.Memandu secara berhemah..5 minit je. Itupun selepas dilanggo semua lampu merah. Tak de kenderaan.

5. Sampai je, terus check. Dr cakap, suspek baby dah makan najis (psl tu air ketuban kuning) dan jalan baru bukak 1 cm. Rasanya masa tu, macam tak de darah je kat muka ni. Udenikov takut. Kami dinasihatkan agar dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. First time isteriku naik ambulan. Udenikov gerak dulu... konon nak follow ambulan... tak sanggup, tekan punye tekan jejak 120km/j. tak berani...

6. Sampai spital terus check lagi, dah bukak 3 cm... dan dr cakap boleh deliver normal. apa lagi terus la masuk labour room. Teman isteriku. Macam masa Abang Alif gak.

7. Dipendekkan cerita, isteri udenikov dah dimasukkan ubat gesa... sampai dah tak larat, baby pulak menelentang. Dr suggest soh wat forcep. C section bahaya. nak tak nak, udenikov redho dan berdoa. Ikut prosedur, udenikov tak dibenarkan ada bersama psl nak forcep. Tapi dr bagi peluang teman isteri.

8. UUUUhhh mak aiiiiih, bosa tu forcep punya barang. ish ish ish ish.. beso pengorbanan seorang ibu. Tak pe la, yang penting isteri udenikov tak nampak alat tu. Alhamdulillah baby boy selamat dilahirkan walaupun ada tanda di bawah mata dan di dahi. (tanda di dahi masih ada sehingga la ni).

3 orang anak lelaki... dilahirkan di 3 hospital berbeza dengan 3 tanda sebelum melahirkan yang berbeza dan 3 cara melahirkan yang berbeza. Ni udenikov share dengan incik2 semua lah.

A - Muhammad Aiman Alif, lahir 2 minggu awal (24 Jun 2005), mama tak de morning sickness, papa yang tanggung dan mengidam, sepanjang mengandung tiada kesakitan sangat. Tanda sebelum lahir - lendir. Susah dilahirkan apabila kena Vacuum. Dilahirkan di Hospital Penawar Pasir Gudang.

B - Muhammad Ammar Arif, lahir sehari sebelum tarikh due (26 November 2006), mama teruk morning sickness, agak sakit dan letih sepanjang mengandung, mama pernah jatuh tergelincir. Tanda sebelum lahir - air ketuban pecah di rumah. Mudah dilahirkan,naik je katil, terus bersalin. Dilahirkan di Hospital Kulai.

C - Muhammad Afiq Adam, lahir pada tarikh due (17 Oktober 2008), mama teruk sepanjang mengandung, masuk spital 2 kali (false labour & Diarhea). Tanda sebelum lahir - air ketuban pecah kat rumah dan berwarna kuning. Agak payah dilahirkan & guna forcep. Dilahirkan di Hospital Besar Johor Bahru.

Apa2pun.. udenikov sekeluarga bersyukur dengan kehadiran 3 hero dalam hidup kami. Bonda udenikov dah warning suruh 'berhenti' dulu. berehat la senang citer, "sian mak tengok salmah tu". Tapi (dalam hatiku berkata)... kami nak 5 orang anak. Sekarang ni... tengah congak2 bila nak try untuk next baby girl mission... any suggestion?

0 komentar: