CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Wednesday, March 25, 2009

4 hari sudah..


1. Hari ini adalah hari keempat udenikov meninggalkan anak-anak dan isteri. Kiranya kalau pada saat ini, pada hari Ahad lepas, Udenikov masih melayan anak-anak di rumah sebelum dijemput Abahnda ke Kuala Lumpur.

2. Udenikov ke Kuala Lumpur atas urusan kerja Parti. Walaupun bukan bersama JASA dan Pemuda Bahagian, Udenikov tetap merasakan keperluan untuk sama-sama di dalam majlis perhimpunan terbesar setiap tahun bagi Orang melayu.

3. Udenikov menetap di Grand Season Hotel bersama-sama perwakilan dan jentera dari Negeri Johor.

4. InsyaAllah, Udenikov akan memastikan YAB Menteri Besar Johor akan berjaya menduduki kerusi MKT pada penggal ini sebagaimana penggal sebelum.

5. Ok lah... nak cerita sedikit kisah anak-anak yang ditinggalkan. Sedih la pulak.

6. Abang Alif memang selalu bergaduh dengan Udenikov. Orang tua kata, bila anak lelaki ikut muka kita, memang selalu je nak bercanggah pendapat. Tapi itulah anak yang akan menjadi best friend kita.

7. Malam pertama udenikov di KL, Abang menangis sebab tunggu papanya tak balik2 rumah. Maklumlah, Abang akan selalu tidur dengan papa di rumah. Angah dengan Adam akan tido dengan mama. Syekali syekala jek udenikov dapat tido dengan isteri udenikov. hahahahahaha...

8. Malam kedua, udenikov dimaklumkan Abang tak lena tidur. sekejap kang dia bangun, salin suar. Huhuhu. Sekajap kang dia bangun tengok katun... Mamanya kata dia mencari papanya. Adusss... sedih pulak. Padahal Abang selalu tinggalkan papa bila dia tidur umah atuknya di Pasir Gudang.

9. Abang ni, cari2 jugak papanya, tapi bila papa telefon, jangan lah harap dia nak bercakap dengan papa. takut nangis kot.. ke papanya yang takut nangis. Ada sekali tu, udenikov call. Bibik jawab and panggil abang. Dia tak naka cakap, pasal dia kata Bibik tipu! huhuhuhu.. sian bibik ku.

10. Apa2 pun udenikov selalu mms pada dorang kat umah. baru 25hb hari ni. Udenikov kena ke Bukit Gantang dari KL ni sampai 8hb April.

11. Kiranya, apa yang udenikov lalui dan anak-anak serta isteri udenikov lalui ini adalah hampir kepada ulang tayang apa yang berlaku dahulu kala.

12. Dulu, udenikov dan bonda serta adik beradik selalu ditinggalkan abahnda semasa abahnda bertugas di JHEK.

13. Putaran kehidupan mematangkan kami anak beranak.

14. Ya Allah, peliharalah keluargaku yang ditinggalkan.

0 komentar: