CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Monday, September 22, 2008

Kuih Raya Bersambung Lagi...

Kesibukan menyiapkan kuih dan biskut raya diteruskan pada sebelah petangnye. Macam biasa lah... menu petang ni.. kuih suji dengan. Feberet udenikov sejak kecik. ingat masa darjah 4, ikut along dgn angah beraya kat majidee... hahahaha dokek 6 kali tuan rumah tu salin bekas kuih suji. yang makannya, udenikov sorang. hahahahah sedap giler... sebab tu, tiap2 tahun kuih suji mesti ada dalam barisan kuih-kuih di pagi raya. dan biasanya akan habis dulu berbanding kuih yang lain.



kuih suji yang dah siap

tatkala nombor dipanggil utk masuk dalam ketuhar.. ewah ketuhar ko...

isteri udenikov tengah dok check dah leh tanggal ke lum kuih tu dr bokeh



Udenikov dok pesan dgn bini udenikov, kang time buke, rasalah terus kuih muih ni... mana tau, tutp-tup baby telah bersedia nak kuar, tak dapat nak merasa kuih raya.

hah... ni kes hari ahad lak... buat kuih tat nenas and biskut nestum. Seba berelum terlupa, penaung program tahunan buat kuih secara berjemaah adalah abah dan mak udenikov. ketua memasak, angah udenikov the mc gyver, ajk wajib terdiri along,udenikov&bini udenikov, ajk kecil ain & jun. Adik udenikov tak dapat bersama sgt, sibuk. kakak udenikov pun, psl dia berniaga kat bazar. kira dorang ni... pemeriksa kira-kira lah.


Inti nenas .. angah siapkan malam semalam.

proses penghasilan biskut nestum tak dapat dipaparkan... bukan apa, udenikov collpase la ahad semalam... letih giler beb...


perjuangan membuat kuih dan biskut diteruskan angah and along hari ni. Angah udenikov amik cuti. udenikov cuti jumaat ni. lagi pun harini bawak isteri udenikov check up. Adik beradik semua harap kalau nak bersalin, biolah in this week. minggu depan semua dah sibuk... hahahahah udenikov yang kena siap siaga.

3 komentar:

Anonymous said...

bila nk mengemas? asyik wat kuih je..hehe

Udenikov said...

kemas kalu.. tunggu anak buah yang kat matrik changlun mai balik johor. 26hb ni. hahahahah minah tu tension jek

Zampeada said...

seronoknya anak beranak buat kuih... aku beli jek... he he he...