CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Wednesday, September 10, 2008

Gotong Royong Bulan Ramadhan

8 September lepas, bersamaan dengan 8 Ramadhan 1429H, aquariummate udenikov,si ain, dapat meja pegawai yang baru. Itupun selepas 11 bulan melapor diri di pejabat kami.
Ain kata "ooohhh... mak rasa tak keruan,campur berbaur, bersyukur ke hadrat Ilahi, walaupun dapat meja lambat, mak tetap dalam bilik aquarium ni lagi."

Jadi, memandangkan bilik ni muat utk 2 orang, tetapi dikumpulkan kami 3 orang, maka udenikov dan ain perlu melakukan transformasi ke atas dekorasi bilik kami. Udenikov dan ain sahaja yang ada, nit cuti. tapi, kalau dia ada, tetap tak boleh membantu kerana kami masti menghalangnya. bukan apa, nit tgh pregnant. mana bleh letih2 sgt.

berikut adalah gambar asal bilik kami. (lihat nur ain erica sedang posing memikirkan shot terbaik untuk transformasi aquarium kami)

udenikov sebagai buruh kasar utama. manakala ain sebagai nur ain erica (deco bersama erica) @ perancang utama.

manakala gambar-gambar berikut adalah suasana selepas transformasi.



itupun, perubahan ini ditegur secara berhemah oleh rakan-rakan udenikov yang lain. Bak kata udenikov kepada mereka, "kami dah lama hidup susah". Jadi, macam mana keadaannya sekalipun, kami yang akan menempuhinya hari-hari. malahan, mereka tetap boleh berkunjung ke aquarium kami. Alhamdulillah, nit pun boleh terima transformasi ini. Apa yang pasti, kat rumah, mcam dah dedar badan ni. letih beb...

Sekali pandang bila dah bukak pc, notebook, udeniko rasa macam dj radio plak. tambahan, lagu-lagu raya berkumandang selalu dalam aquarium kami ni.

@@ Selamat Berpuasa untuk 20 hari akan datang @@

0 komentar: