CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Friday, September 12, 2008

Ketabahanmu merobek jiwaku

Salam semua...

Tatkala menatap muka hadapan Utusan Malaysia hari ini, hati kecil udenikov yang berbadan besar ni begitu tersentuh. Melihatkan keadaan fizikal adik Siti Nabihah, udenikov pasti ramai umat Malaysia akan tersentuh melihat kecekalan adik Siti Nabihah menjawab soalan.

Terkonang-konang...

Udenikov teringat semasa darjah 5 dulu. Tatkala sepupu udenikov, Lili, jatuh sakit akibat jatuh basikal. Beginilah keadaannya sebagaimana adik Siti Nabihah. Memandangkan, hanya kami yang sebaya dan udenikov dikategorikan sebagai sedikit pintar dari Lili, maka udenikov ditugaskan mengajar Lili bagi mana-mana subjek yang terpaksa ditinggalkan oleh lili tatkala tidak sihat. Udenikov menangis sambil ngajo. Udenikov tak tahan bila melihat Lili menggeletar semasa menulis. Uwaaaaaaa.... udenikov dah la sensitip.

Begitulah kita kita semasa masih menghirup udara O2 di muka bumi ini. Semoga adik Siti Nabihah akan berjaya peperiksaan UPSR. Lili juga telah berjaya sekarang.

Melihatkan kehidupan harian, teringatkan pada Mim Alif Ta Ya.

Will continue...

@@@ Tambahkan Amalan @@@

0 komentar: