CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Monday, October 6, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 1429H





sambutan hari raya tahun ini seperti tahun-tahun sebelum ini lahhh.. meriah tetap meriah terutamanya dengankarenah anak-anak buah udenikov. Cuma akan lebih meriah sekiranya adik udenikov dan kak juli (sepupu) ada bersama. tetapi nak buat macam mana, dah turn mereka beraya di rumah mertua masing-masing.

Macam biasa, pagi raya. kami akan menunggu abah/atok balik dari masjid. Kira anak-anak dan cucu berkongsi dengan orang kampung akan abah/atok kami. Maklumlah selaku ketua kampung, abah kena selesaikan majlis di masjid dahulu. Tahun ini juga abah/atok kami menyampaikan khutbah syawal.

Sekembali dari masjid, tanpa berlengah, upacara drama air mata bermula tatkala kami anak beranak adik beradik bersalaman memohon maaf sesama kami. Seterusnya upacara bergambar bagi mengabadikan kenangan di pagi raya.

udenikov sekali lagi memohon maaf zahir dan batin. Selamat hari raya.

1 komentar:

Anonymous said...

meriah..meriah...

selamat hari raya zizul..