CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Wednesday, June 4, 2008

Hujan... Kejadian Alam

La ni jam 4.56 petang. Dekat luar, hujan mencurah-curah dengan lebatnya. Mulanya perlahan... kini lebat... agak lama... bila pula hujan ni nak mulai perlahan. Aku tengah sabar la ni. Sambil menyaksikan kejadian alam yang diatur olehNya.

Sejak banjir besar melanda Johor beberapa tahun sudah... banyak perkara yang susah untuk kita jangka selain bersedia. Tapi, lumrah manusia... kebiasaannya sudah tercucuk paku di tapak kaki, baru nak dibuang papan yang usang itu.

Sebagaimana taufan nargis dan gempa bumi kuat di China, serta gempa bumi yang melanda di Bukit Tinggi, Malaysia dan di Sabah, kita tidak pernah menduga ia akan berlaku. Tapi, pernahkah kita ingat dan ambil tahu? Ini semua sebagai salah satu tanda dan amaran, bahawa bumi kita sudah terlalu lama di dalam orbitnya? Atau kita buat-buat tak tahu? Atau... kita berkata "ala, lek ar beb. Gua tahu la."

Semoga apa yang berlaku saban hari... gempa di sana, taufan di sini, banjir di sanun, tanah runtuh di hujung sana... akan membuatkan kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang kita sendiri tidak tahu akan berlaku kepada kita. Kalau tidak harta benda kita yang ditimpa... mungkin sudah tiba masa kita dan orang-orang kita sayang memejam mata meninggalkan harta benda. Tiada siapa tahu, entah esok entah lusa entah bila...

Renung dan fikirkanlah... hujan masih belum berhenti... 5.10pm

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

0 komentar: