CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Wednesday, June 4, 2008

Ohhh... Minyak... Harga Kau Naik Juga...

Baru je dalam post yang lepas saya mengingatkan agar kita bersedia menghadapi apa yang tidak dijangka akan berlaku...Dah pun berlaku...

Tadi, dalam keresahan mendapat berita kenaikan harga minyak berkuatkuasa pada malam ini... ada 2 mesej yang diterima oleh diriku.

"maka benarlah kata pbangkang semasa pru12 'minyak naik lg dlm bulan jun' dan ramai yang b'kata.. BN BANYAK NAIK, dan rakyat? Naik juga.. NAIK DARAH"
"sabar,jgn terikut2 nak pi isi minyak.X berapa sen boleh jimat.Patutnya naik harga makin kita jimat,ini pi beratur panjang2 makin abis minyak.kang belanggar tambah kos repair keta. Siapa pakai keta 1000cc kebwh,x payahlah pi beratur. Keta korang dah jimat dah.Sampai2kanlah pd kawan2. Melayu bijak!"


itulah hakikatnya... kita tak jangka Kerajaan akan umumkan kenaikan harga minyak esok. Tapi, apa boleh buat... kita sudah jangka ia akan naik... tapi tidak dalam masa terdekat. Kita memang bersedia untuk ia naik pada akan datang TAPI tidak pada hari esok. Tak timbul pmbangkang berjaya meneka bila minyak akan naik. KERANA minyak memang akan naik ekoran kenaikan yang mencanak2 di pasaran dunia untuk harga setong petrol.

Tadi juga, saya terlibat juga dengan program 'mari sama-sama panik minyak nak naik esok, takut minyak abis nanti'. Betul... setelah beratur selama satu jam setengah... tak sangka selama itu, psl masa berbaris, kenderaan bergerak setiap 9 minit, kemdian 5 minit kemdian 3 minit...akhirnya, saya berjaya mengisi minyak kereta wira ku. HAHAHAHAHA. Tak pernah ada pengalaman sebegini... kucar kacir stesen minyak petronas tadi. berlari-lari akak itu nak pergi membayar di kaunter... takut dimarahi pemandu-pemandu di belakang. Segala macam jenis kenderaan yang sungguh sabar berbaris. tak kira lah 1000cc ke bawah ke, 1000cc ke atas ke... Pakcik apek pam sebelah pun membebel-bebel... "tadi dalam berita ada kata lepas ini minyak naik, itu air sama api juga mau naik"... sejauhmana kebenarannya, kurang pasti... sebab saya terlepas menonton berita utama.

Seperkara, stesen2 minyak kelihatan tidak bersedia dengan tsunami kenderaan tadi. agak tak teratur perjalanan trafik. Sinar.fm pun ada mengumumkan kesesakan di hampir semua stesen minyak di seluruh negara.

Apa-apa pun yang berlaku sepanjang 6 jam menjelang detik kenaikan harga minyak... kita pasrah dengan ketentuan Ilahi... mungkin ada penjelasan esok oleh kepimpinan negara... Apa yang saya perkatakan pada my own sister yang merungut.. "kak, minyak memang akan naik, cuma kita tak tau bile, memang tak boleh elak, bejimatlah kita selepas ini ye".
Kepada udenikov dan sahabat2 udenikov, mungkin kita perlu berjimat cermat selepas ini. Berfikir yang perlu apabila berbelanja. Disamping berdoalah, mudah2an gaji naik... Amin...

macam nak beli motosikal la pulak...


@@ tepuk dada, tanyalah imam @@

0 komentar: