Rupa-rupanya, inilah iklan Petronas yang udenikov dengar di halwa telinga ini semalam.
Thursday, August 21, 2008
Gambar Masa Muda
Hahahahahaha
Ni kisahnya... tulus mulus dari mulut abang. Masa nak ke Batam ikut atuknya.
Masa siap-siap nak diambil ibunya, abang pun sibuk tanya passport dia..
Abg : Pa, ane abang nye papot...
Papa: Ha? Papot???
Mama: Pasport la . (suara mama dari kejauhan)
Jadi, udenikov pun mencari la. lalu diserahkan pada abang.
Papa: Ha, ni abang punyer pasport ok. bukan papot.
Abg : Yeye.. papot abang.
Papa: Kenal tak gambar sapa dalam pasport ni?
Abg : Angah Eteng la (panggilan abg untuk adik dia)
Papa: Banyak ar. Ni la gambar abang masa kecik. 4 ke 5 bulan.
Abg : oooo (lalu dibawanya kepada mama)
Abg : Ma, ni gambar abang masa muda.
huahua huahuahahahahahahah tergolak bosa papa dengan mama dengan jawapan ikhlas tulus mulus abang...
Hai la anak papa...
Posted by Udenikov at 1:45 PM 0 komentar
Wednesday, August 20, 2008
Jauh Berjalan... Luas Pandangan
Udenikov lupa nak coret dalam post sebelum ini.
Semasa di Kelantan, 2 perkara yang menarik perhatian:
1 - ada nama kampung di sana -> "Kampung Lay Out"
2 - ada nama jalan -> Jalan Tempinis (teringat tampines di singapura)
Posted by Udenikov at 11:26 AM 0 komentar
Tuesday, August 19, 2008
Long Journey
Kami bertolak balik N9 kul 7.30 pagi 15 Ogos 2008. Plan nak gerak dari Pgudang kul 6 pagi. hehehehehehe terlajak la pulok. Sesampai di sana, isteri udenikov mula sibuk menyiapkan dan men touch up barang-barang hantaran adindanya.
Malam, 9.45 malam, udenikov memandu keluar dari Lenggeng menuju ke Kelantan. Bas bergerak lewat 15 minit dari udenikov. Seramai hampir 30 kaum kerabat Tn Hj Baba ke Kelantan. Udenikov mcm biaser arrr... 5 orang satu keta dengan bibik. Bukan tak nak naik bas, khuatir la pulak anak2nda yang tak selesa. hehehe tambahan lak, isteriku tengah sarat 7 bulan, tak selesa pulak naik bas.
Wahhh... lama tak jalan jauh dan jarang memandu malam ni. Tak gemo jalan malam. maklumlah rabun silau den ni kan tinggi. takut penin palo bilo selisih dengan keto dari dopan. Dengan gagah, udenikov mengharungi jalan menuju ke bahau - muadzam - jabor - bukit bosi. Berhenti kek muadzam isi minyak, udenikov ni kalau jalan jauh, cukup risau dengan meter minyak. Asal separuh jek, mesti isi lagik. Prevention is better than cure. ehhh relevan ko?
Sampai bukit bosi, udenikov serender. sepanjang perjalanan dari jabor ke bukit bosi, mato ni mintak dikatup. ngantuk tahap gaban. So, servis bertukar tangan dengan adik ipar merangkap bakal pengantin baru. den tak kiro, ekau bawaklah bagi pihak. den dah tak dayo nak bukak mato. so, dunia ini terpisah seketika dengan dunia pengembaraan ke kelantan. Bukak mato jo, dah sampai kek permaisuri.
Kami bergerak semula ke Kelantan dan tidur di Demang Resort.sampai sanun kul 10 pagi. Sib baik nikah lopeh asar. po laei... tidor... menyelesaikan tidur terakru. tengah2 sedap melayan tido, dik ipar gtau, imam kato nikah kul tigo potang. haaaa ngelatat semua. sib baik, hantaran yang disiapkan on the spot siap pado maso ehhh...
Pengalaman dek dik ipar den ni memang meninggalkan sedikit cebisan dalam rongga pemikiran udenikov. mamat ni xtually memang gabra, tapi bilo ditanyo, ok ok ok jek. Tup-tup tak ingat jalan poei umah mertua. aiseh... terlajak. sib baik, jumpa port nak u-turn. udenikov sian kat drebar bas yang nak kena u-turn dengan kenderaan godang cam tu. Soknye, hari bersanding pun samo, udenikov yang ingat jalan, dio lak yang lupo. (orang kato, kalau tak makan taugeh, ingatan kuat, ewwaahhh ye ke?)
Perjalanan balik meninggalkan adik ipar berlangsung tatkala jam menunjukkan 4.15 potang. kali ni, bas yang gorak dulu, maklumlah udenikov kena ubah suai tempat duduk belakang menjadi katil utk anak-anak bujang tidur. Perjalanan menuju ke terengganu dulu, shopping losong kek kg losong.
Perjalanan menuju ke selatan terhenti di Kuantan, udenikov tak larat dah nak memandu sampai ke Johor. Tido kat Kuantan. Esoknya, balik ikut mersing... singgah cari satar............ hahahahaha makan makan makan.
Sampai Kulaifornia, abang Alif terus diambil Ibunya untuk dibawa atuknya ke Batam, Indonesia. Tak penat la gamaknya abang tu ekk... papa + mama + bibik jue yang penat.
sekian, selamat pengantin baru pado adik ipar den
Posted by Udenikov at 3:10 PM 2 komentar
Wednesday, August 13, 2008
11 Ogos 2008
20 tahun yang lalu ...
tatkala udenikov berumur 10 tahun, selaku seorang abang kepada seorang adik lelaki, begitu gembira apabila diketahui yang bonda akan melahirkan seorang adik untuk udenikov. yalah, asik berkelahi je dengan adik yang sedia ada. dan memang udenikov mengharapkan adik baru adalah adik perempuan pula. Teringat udenikov, bilamana membaca surat along dari UUM yang mahukan kami poskan gambar adik untuk tatapan dia di UUM. Tapi, sesungguhnya Allah lebih sayang adik udenikov. Adinda Siti Hawa meninggal tatkala masih dalam kandungan bonda kami Hajizah. Tali pusat membelit leher adinda. Udenikov la orang paling kuat teriak bila tahu adinda tak ada. Teringat udenikov akan pipi arwah yang gebu, rambut ikal dan panjang semasa dimandikan oleh Arwah Tok Wak. Itulah dugaan kami 20 tahun yang lalu. Keinginan mendapat adik perempuan, dibalas Allah dengan anak saudara perempuan yang ramai. AlFatihah untuk adinda Siti Hawa Hj Bachok.
2 hari yang lalu...
tatkala udenikov sedang bekerja di angsana bagi menyiapkan program jabatan, udenikov dihubungi melalui sms dan panggilan telefon oleh Ninie dan Gjie tentang pemergian adik yasmin, cintahati kepada sahabat udenikov mudon dan didie serta K1. Sayu hati ini, bila mana masa dihabiskan melihat kenangan gambar-gambar yasmin di dalam friendster. Semoga Mudon, Didie, K1 akan tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa keletah, gelak tawa, rengekan Yasmin.

Posted by Udenikov at 9:04 AM 7 komentar
Monday, August 11, 2008
Rebat Subsidi
sebagaimana diuar-uarkan, kini kita boleh membuat tuntutan rebat tersebut secara online. Mudah saje... tak perlu bersusah payah beratur di pejabat pos. Sila layari www.posonline.com.my. hanya perlu mendaftar sebagai ahli posline (tak perlu membuat sebarang bayaran)
Dalam tempoh 3 hari bekerja, wang rebat akan dikreditkan dalam akaun bank kita. Udenikov buat pada 6 Ogos 2008, tanggal 8 Ogos 2008 duit rebat telah dikreditkan dalam bank.
Mudah! Tak Perlu Beratur Panjang di Pejabat Pos! Cubalahhhhh
Jangan menidakkan kemudahan yang disediakan!
Posted by Udenikov at 4:12 PM 2 komentar
Hujung Minggu Lepas..
Masa tengah siapkan abang, SIAN... seluar dia dah tak muat. Padahal baru beli 2 minggu lepas. Alhamdulillah, abang memang mcm papa. Jadi, plan untuk beli keperluan bayi ditambah dengan keperluan abang-abangnya. dan... abang kena cari size 5-6, angah lak size 3-4. Alhamdulillah, anak-anak udenikov sihat walafiat, InsyaAllah...
Sabtu pulak, pagi-pagi anak buah udenikov yang belajo kat kedah tu dah tepon. soh balik kg pasir putih. bukan apa, nak jumpa sepupu dia la. apa lagi! nak jumpa abang. tapi, tak kesampaian, psl ujan amat lebat. kena la tangguh ke 14hb ni. ehh tarikh birthday wife udenikov la. Balik kulai, udenikov kedemaman...
Ahad pagi, udenikov ke hari keluarga dan sukaneka di taman udenikov. dah namanya anak-anak, gerai yang penuh dengan mainan la yang paling dia nampak dengan terang dan jelas tatkala turun dari kereta. uuu mak aihhh... bukan calang-calang menan dia nak, nak keta control, nak helikopter kontrol... puas dipujuk. sib baik makan pujuk (masa tu lah, kalau idak, penuh sesi soal jawab). Cuma kami anak beranak tak sampai ke penghujung majlis sukaneka tu, psl ujan lebat.
Petang lak, bawak abang gi ioi (Angah kena tinggal, psl tido). Mrs Udenikov beli barang2 untuk perkahwinan adindanya. Kemudian, lalu depan umah uncle, si abang seboleh-boleh nak gi umah cik aha... singgah la kejap, borak2 dengan uncle, maklumlah dah lama tak jumpa, sejak tak sebumbung tempat kerja.
gitulah.. perjalanan kami anak beranak hujung minggu selain udenikov kena memantau beberapa persidangan cawangan.
Posted by Udenikov at 12:00 PM 0 komentar
Friday, August 8, 2008
Hari ini...
:|
Alahai, udenikov rasa bowink pulak 2day. Kembar Bukan Siam udenikov, emergency leave pulak hari ni. tak sihat katanya. kembar lagi sorang, ada keje lain pagi ni. Dah tinggal udenikov sorang-sorang dalam bilik yang dipanggil akuarium ni. Sunyi jugak la kerana tiada suara nit yang selalu membebel dengan idea2 dia. Sunyi kerana farain tidak ada untuk mendendangkan alunan suaranya. Ala, kira teman duet den tak do la ari ni. Kakboss pun emergency jugak. Hai la hai...
Tak pe la, udenikov amik peluang layan blues sorang2, buat report kan.. nanti kalau tertangguh, tak guno dah.
sekian, mekasssiihhhh
Kita Geng...
Posted by Udenikov at 9:56 AM 2 komentar
Thursday, August 7, 2008
Catatan Hari Ini
Tadi, udenikov baru je abis meeting untuk satu program jabatan di Plaza Angsana 12 Ogos ini. Ada pameran bergerak sempena kemerdekaan ke-51 yang akan dirasmikan oleh YB EXCO Penerangan Negeri Johor. Ada la tugas-tugas yang telah diagihkan.
Tadi, sebelum tu, berbincang dengan teman sekerja dalam bilik ini tentang kes anwar dan pilihanraya kecil permatang pauh. Seperti biasa, udenikov dengan ainuzz akan berbincang bagi merembes sel-sel otak. Dan.. perbincangan kami biasenyer akan diselangi dengan gelak ketawa dan aksi-aksi spontan yang menggembirakan hati kami.Kami jarang berbincang dalam suasana hening, mcm laki bini gaduh ke pe... nanti tak bisa merembes idea2 la...
Tadi, sebelum tu lagi, udenikov bersarapan (padahal dah sarap dengan isteri udenikov di kantin dewan spastik) dengan ainuzz, kak boss dgn dak ila. ala.. kat pantry jek... malas nak kuar pagi ni, jadi menu sarapan pagi hari ini adalah menu dari kedai mamak jek. Kitorang masih boleh terima la masakan mamak ni. Tak tau la orang lain.
Tadi, sebelum sebelum tu lagi, udenikov macam terajin plak, tolong dak ecah potong-potongkan slip gaji pegawai-pegawai jabatan udenikov. Ala, buat amal sikit...
Tadi, sebelum sebelum sebelum tu lagi, udenikov berlari-lari ehhh tak la sangat, jalan laju jek, mengejar waktu nak punch card. heheheh jam dalam keta dah melepasi 8.30 pagi, takut plak kad ketik udenikov merah... jgn cari pasal... orang cari pasal jek psl ko udenikov (itu kata hati udenikov la)...
begitu la.. kisah tadi dan sebelum tadi...
Posted by Udenikov at 12:13 PM 2 komentar
Monday, August 4, 2008
Sayu lagi...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu minyak dah habis...
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya,gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak
tahu... !'
'Saya tak tahu Tuan..! '
'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh
manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya,manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam..' jawap
pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong
dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
Sok-sek : Sebuah kisah pengajaran untuk semua. Didiklah dan pukullah anak anda (bagi mereka yang ada anak) dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda.
Posted by Udenikov at 12:44 PM 1 komentar
Novel
Selama 2 hari udenikov mengambil masa untuk menghabiskan novel tu. teringat kepada watak zara lisa, rita, tim (sayangku fatimah), erman, jefri, harith, nasuha... udenikov tak sangka, udenikov mengalir air mata bilamana membaca novel tu. ada plak part yang sedih sedih... sayu benar masa tu... isteri udneikov tukang gelak... padahal, lepas abis udenikov baca, dia plak nak baca.
Teringat udenikov masa udenikov sekolah rendah dan mendapat hadiah novel bertajuk 'anak sepanjang zaman'. Bukan apa, teringat bonda udenikov menangis bila baca novel itu, 3 kali baca, 3 kali sayu. agaknya udenikov ni ikut bonda kot... hati sensitif.
Secara tiba-tiba nak membaca novel je sekarang ni. tapi sempatke??? buku-buku jabatan pun tak abis baca lagi
Posted by Udenikov at 12:35 PM 0 komentar
Selesai sudah...
Pertandingan hanya berlaku pada jawatan Ketua Pemuda Cawangan antara En Suhaimi dan Hj Haile. Keputusan memihak kepada En Suhaimi dengan undian 9-6. Udenikov bangkit mencadangkan agar Hj Haile terus dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda.
Alhamdulillah, mesyuarat semalam bukan sekadar untuk mencukupkan korum. tetapi, Pemuda cawangan turut menerima pendaftaran ahli baru seramai 43 orang. Jumlah yang cukup besar dan cukup menggembirakan Ketua Cawangan udenikov.
Kepada semua AJK dan Ahli Pemuda, teruslah Gempur!!!
@@@ Tepuk dada, tanyalah iman @@@
Posted by Udenikov at 11:26 AM 0 komentar
Bulan Kemerdekaan...
Udenikov mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan. Tahun ini kita akan menyambut InsyaAllah ulangtahun ke-51 kemerdekaan.
"kekadang mudah untuk memerdekakan diri dari minda penjajah, kekadang juga lebih mudah orang memerdekakan kita dari kebiasaan, tapi jiwa tetap perlu merdeka walaupun kemerdekaan itu hanya satu lakonan"
Ntah cemana ntah udenikov boleh kuarkan ayat2 diatas...
Sesungguhnya yang buruk atas kelemahan udenikov, mana2 yang baik adalah cetusan ilham dari Allah jua.
@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@
Posted by Udenikov at 11:05 AM 0 komentar