CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Thursday, August 7, 2008

Catatan Hari Ini

Salam semua,

Tadi, udenikov baru je abis meeting untuk satu program jabatan di Plaza Angsana 12 Ogos ini. Ada pameran bergerak sempena kemerdekaan ke-51 yang akan dirasmikan oleh YB EXCO Penerangan Negeri Johor. Ada la tugas-tugas yang telah diagihkan.

Tadi, sebelum tu, berbincang dengan teman sekerja dalam bilik ini tentang kes anwar dan pilihanraya kecil permatang pauh. Seperti biasa, udenikov dengan ainuzz akan berbincang bagi merembes sel-sel otak. Dan.. perbincangan kami biasenyer akan diselangi dengan gelak ketawa dan aksi-aksi spontan yang menggembirakan hati kami.Kami jarang berbincang dalam suasana hening, mcm laki bini gaduh ke pe... nanti tak bisa merembes idea2 la...

Tadi, sebelum tu lagi, udenikov bersarapan (padahal dah sarap dengan isteri udenikov di kantin dewan spastik) dengan ainuzz, kak boss dgn dak ila. ala.. kat pantry jek... malas nak kuar pagi ni, jadi menu sarapan pagi hari ini adalah menu dari kedai mamak jek. Kitorang masih boleh terima la masakan mamak ni. Tak tau la orang lain.

Tadi, sebelum sebelum tu lagi, udenikov macam terajin plak, tolong dak ecah potong-potongkan slip gaji pegawai-pegawai jabatan udenikov. Ala, buat amal sikit...

Tadi, sebelum sebelum sebelum tu lagi, udenikov berlari-lari ehhh tak la sangat, jalan laju jek, mengejar waktu nak punch card. heheheh jam dalam keta dah melepasi 8.30 pagi, takut plak kad ketik udenikov merah... jgn cari pasal... orang cari pasal jek psl ko udenikov (itu kata hati udenikov la)...

begitu la.. kisah tadi dan sebelum tadi...

2 komentar:

N I N I E said...

oit, org rmh bile due..?

Udenikov said...

insyaAllah 17 Oktober 2008. plus minus 2 weeks la.