CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Monday, August 4, 2008

Selesai sudah...

Alhamdulillah, cawangan udenikov sudah selesai bersidang untuk tahun ini. Baik Wanita, Puteri dan Pemuda. Semua berjalan dengan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Udenikov idak le bertanding apa2. Tapi dilantik semula sebagai penolong setiausaha pemuda cawangan udenikov.

Pertandingan hanya berlaku pada jawatan Ketua Pemuda Cawangan antara En Suhaimi dan Hj Haile. Keputusan memihak kepada En Suhaimi dengan undian 9-6. Udenikov bangkit mencadangkan agar Hj Haile terus dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda.

Alhamdulillah, mesyuarat semalam bukan sekadar untuk mencukupkan korum. tetapi, Pemuda cawangan turut menerima pendaftaran ahli baru seramai 43 orang. Jumlah yang cukup besar dan cukup menggembirakan Ketua Cawangan udenikov.

Kepada semua AJK dan Ahli Pemuda, teruslah Gempur!!!

@@@ Tepuk dada, tanyalah iman @@@

0 komentar: