CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Wednesday, August 13, 2008

11 Ogos 2008

Tanggal 11 Ogos...

20 tahun yang lalu ...

tatkala udenikov berumur 10 tahun, selaku seorang abang kepada seorang adik lelaki, begitu gembira apabila diketahui yang bonda akan melahirkan seorang adik untuk udenikov. yalah, asik berkelahi je dengan adik yang sedia ada. dan memang udenikov mengharapkan adik baru adalah adik perempuan pula. Teringat udenikov, bilamana membaca surat along dari UUM yang mahukan kami poskan gambar adik untuk tatapan dia di UUM. Tapi, sesungguhnya Allah lebih sayang adik udenikov. Adinda Siti Hawa meninggal tatkala masih dalam kandungan bonda kami Hajizah. Tali pusat membelit leher adinda. Udenikov la orang paling kuat teriak bila tahu adinda tak ada. Teringat udenikov akan pipi arwah yang gebu, rambut ikal dan panjang semasa dimandikan oleh Arwah Tok Wak. Itulah dugaan kami 20 tahun yang lalu. Keinginan mendapat adik perempuan, dibalas Allah dengan anak saudara perempuan yang ramai. AlFatihah untuk adinda Siti Hawa Hj Bachok.

2 hari yang lalu...

tatkala udenikov sedang bekerja di angsana bagi menyiapkan program jabatan, udenikov dihubungi melalui sms dan panggilan telefon oleh
Ninie dan Gjie tentang pemergian adik yasmin, cintahati kepada sahabat udenikov mudon dan didie serta K1. Sayu hati ini, bila mana masa dihabiskan melihat kenangan gambar-gambar yasmin di dalam friendster. Semoga Mudon, Didie, K1 akan tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa keletah, gelak tawa, rengekan Yasmin. Sesungguhnya Allah lebih sayang adik Yasmin.
We gonna miss u...
Al-Fatihah
Allahyarhamah Adik Airin Yasmin bersama Abang K1 (picture from Didie's Friendster)

7 komentar:

Shila said...

Gitulah kalau kita dah berkeluarga.Sesibuk mana kerja tetapuga kena memenuhi keperluan dan permintaan anak-anak..

Takziah di atas pemergian adik Airin Yasmin..

p/s: aku ada beri award untuk blog ko ni.Hehe..datangla ke blog aku untuk amik ok..

Anonymous said...

alfatihah untuk adik yasmin....

bzz said...

Takziah buat Dd n Mudon...

Ps - Nama kau dh mcm ala-ala rusia lak... Hahahha... btw... nice blog...

LITTLE DEWA said...

salam
zizul... awie ni :)
how r u? ayyooo... dh 2 heroes ye! best lah!

Udenikov said...

shila:
i will

Bzz:
aku meng'angkasa'kan nama. nama panjang: Hajildmir Udenikov

Awie:
Alhamdulillah wie, masuk tigo dah... due 17 Oktober ni. tak tau la girl or boy.

N I N I E said...

zizul,

aku telah kembali sedey baca ini blog.. dgn melihat muke arwah yg sweet itu..

sume berlaku atas kehendakNya...

alfatihah utk adik airin yasmin...

N I N I E said...

dan alfatihah utk adik mu..