CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Azizul Bachok's Facebook profile

Thursday, August 7, 2008

Catatan Hari Ini

Salam semua,

Tadi, udenikov baru je abis meeting untuk satu program jabatan di Plaza Angsana 12 Ogos ini. Ada pameran bergerak sempena kemerdekaan ke-51 yang akan dirasmikan oleh YB EXCO Penerangan Negeri Johor. Ada la tugas-tugas yang telah diagihkan.

Tadi, sebelum tu, berbincang dengan teman sekerja dalam bilik ini tentang kes anwar dan pilihanraya kecil permatang pauh. Seperti biasa, udenikov dengan ainuzz akan berbincang bagi merembes sel-sel otak. Dan.. perbincangan kami biasenyer akan diselangi dengan gelak ketawa dan aksi-aksi spontan yang menggembirakan hati kami.Kami jarang berbincang dalam suasana hening, mcm laki bini gaduh ke pe... nanti tak bisa merembes idea2 la...

Tadi, sebelum tu lagi, udenikov bersarapan (padahal dah sarap dengan isteri udenikov di kantin dewan spastik) dengan ainuzz, kak boss dgn dak ila. ala.. kat pantry jek... malas nak kuar pagi ni, jadi menu sarapan pagi hari ini adalah menu dari kedai mamak jek. Kitorang masih boleh terima la masakan mamak ni. Tak tau la orang lain.

Tadi, sebelum sebelum tu lagi, udenikov macam terajin plak, tolong dak ecah potong-potongkan slip gaji pegawai-pegawai jabatan udenikov. Ala, buat amal sikit...

Tadi, sebelum sebelum sebelum tu lagi, udenikov berlari-lari ehhh tak la sangat, jalan laju jek, mengejar waktu nak punch card. heheheh jam dalam keta dah melepasi 8.30 pagi, takut plak kad ketik udenikov merah... jgn cari pasal... orang cari pasal jek psl ko udenikov (itu kata hati udenikov la)...

begitu la.. kisah tadi dan sebelum tadi...

Monday, August 4, 2008

Sayu lagi...

Udenikov nak berkongsi emel yang diterima, rasanya dah byk kali dapat emel ni.. tapi setiap kali terima, setiap kali itu dibaca, dan setiap kali itu juga lah... sayu... la sayu lagi...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,ataupun memetik bungaraya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu minyak dah habis...

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya,gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak
tahu... !'
'Saya tak tahu Tuan..! '
'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh
manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya,manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam..' jawap
pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong
dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Sok-sek : Sebuah kisah pengajaran untuk semua. Didiklah dan pukullah anak anda (bagi mereka yang ada anak) dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda.

Novel

Jumaat lepas, sekembalinya dari kerja, udenikov ternampak senaskah novel untuk dibaca. Teringin pulak rasanya. maklumlah dah lama tidak membaca novel. Terlupa pulak akan judulnya... tapi ditulis oleh meen zulaikha.

Selama 2 hari udenikov mengambil masa untuk menghabiskan novel tu. teringat kepada watak zara lisa, rita, tim (sayangku fatimah), erman, jefri, harith, nasuha... udenikov tak sangka, udenikov mengalir air mata bilamana membaca novel tu. ada plak part yang sedih sedih... sayu benar masa tu... isteri udneikov tukang gelak... padahal, lepas abis udenikov baca, dia plak nak baca.

Teringat udenikov masa udenikov sekolah rendah dan mendapat hadiah novel bertajuk 'anak sepanjang zaman'. Bukan apa, teringat bonda udenikov menangis bila baca novel itu, 3 kali baca, 3 kali sayu. agaknya udenikov ni ikut bonda kot... hati sensitif.

Secara tiba-tiba nak membaca novel je sekarang ni. tapi sempatke??? buku-buku jabatan pun tak abis baca lagi

Selesai sudah...

Alhamdulillah, cawangan udenikov sudah selesai bersidang untuk tahun ini. Baik Wanita, Puteri dan Pemuda. Semua berjalan dengan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Udenikov idak le bertanding apa2. Tapi dilantik semula sebagai penolong setiausaha pemuda cawangan udenikov.

Pertandingan hanya berlaku pada jawatan Ketua Pemuda Cawangan antara En Suhaimi dan Hj Haile. Keputusan memihak kepada En Suhaimi dengan undian 9-6. Udenikov bangkit mencadangkan agar Hj Haile terus dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda.

Alhamdulillah, mesyuarat semalam bukan sekadar untuk mencukupkan korum. tetapi, Pemuda cawangan turut menerima pendaftaran ahli baru seramai 43 orang. Jumlah yang cukup besar dan cukup menggembirakan Ketua Cawangan udenikov.

Kepada semua AJK dan Ahli Pemuda, teruslah Gempur!!!

@@@ Tepuk dada, tanyalah iman @@@

Bulan Kemerdekaan...

Salam semua,

Udenikov mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan. Tahun ini kita akan menyambut InsyaAllah ulangtahun ke-51 kemerdekaan.

"kekadang mudah untuk memerdekakan diri dari minda penjajah, kekadang juga lebih mudah orang memerdekakan kita dari kebiasaan, tapi jiwa tetap perlu merdeka walaupun kemerdekaan itu hanya satu lakonan"

Ntah cemana ntah udenikov boleh kuarkan ayat2 diatas...

Sesungguhnya yang buruk atas kelemahan udenikov, mana2 yang baik adalah cetusan ilham dari Allah jua.


@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

Thursday, July 31, 2008

Masa sibuk ujung minggu.

Dah masuk minggu ke-3 udenikov sibuk memanjang. Maklumlah, sebagai ahli parti, udenikov perlu menunaikan tanggungjawab udenikov. Udenikov idak lah bertanding apo2 pun... tapi, kalu ada pencolanan, nak wat cemana. ewaaahhhh (tak mengharap pun). Btw, selaku setiausaha pemuda, udenikov dah siapkan buku persidangan. tunggu je la mesyuarat ujung minggu ni.

Jadi, udenikov menyeru kepada semua ahli di cawangan udenikov yang membaca blog udenikov ni agar dapat hadir ke mesyuarat. Perjuangan perlu diteruskan.

Alahai si abang...

Abang adalah peminat Elyana... ahaks.. jgn tak tau. penah sekali tu, dia simpan gambo elyana dalam lemari baju dia... ewahhh siap jaga pintu lemari supaya orang lain tak tgk gambo tu... so, last 2 nite, udenikov adalah berbual dengan abang...

papa : Abang, awek abang elyana dah nak kawin ujung tahun ni.

abang: alaaaa... (dengan muka)

selepas papa tgk abang mcm bad mood, papa pun tanya...

papa: kenapa bang? macam kecewa jek...? (mcm tau jek kecewa tu apa)

abang:a'ah....

pastu abang berlari kepada mama, sambil..
abang:
mama, awek abang nak kawin dahhh.. cemana ni mama...

papa: nanti papa carikan yang lain je la...

abang: a mauuu

alahai anak papa sorang ni... hormon testeron dah byk kot...
so, semalam, bukan main khusyuk tgk elyana dalam renjis @ astro ria... tak do harapan papa nak tengok cito lain...

Wednesday, July 23, 2008

Jangan jadi Pe'bowl'

hidup ni, jangan jadi pe'bowl' ok. tak faham? ala... Pemangkuk la... Jangan ingat kita ni bagus ke. Udenikov tengok suasana persekitaran kerja udenikov semakin tidak menyeronokkan. Semakin sedih dan sedih udenikov di sini. Hanya rakan-rakan se'aquarium', rakan se'kepala' yang menjadi penguat semangat walaupun udenikov dan uncle (ehh uncle pun ahhh sekali, sama jek situasi kami ni), dikecam, dibelakangi, dikata. Betul kata mantan ketua udenikov, kena banyak bersabar. Walaupun tahap kesabaran ni dah tak bisa dibendung.. udenikov cekalkan semangat. Jangan mudah mengalah. tapi, akhirnya udenikov mengalah dengan melepaskan satu jawatan yang diberikan oleh mantan ketua udenikov.


pada udenikov, biarlah kita lepaskan tanpa disuruh. Kerana udenikov sendiri merasakan ketua udenikov menyatakan memang udenikov tidak cekap, cuba 'membelakangkan' ketua, udenikov perlahan, udenikov tidak tahu buat kerja, udenikov tidak layak. tapi udenikov yakin, ketua udenikov ni orang yang tidak mempunyai pendirian. MUDAH GOYAH. Sekarang ni udenikov perhatikan, ketua udenikov ni rapat semula dengan orang yang pernah 'diludahi'. HAHAHAHAHAHAHA nampaknya, ketua udenikov ni meludah ke langit, kena semula ke mukanya. Udenikov perhatikan sahaja... sebab udenikov ni walaupun baru setahun jagung di kantor ini, udenikov dah boleh baca perangai dan karenah orang-orang di sini. Tak apa la udenikov. sekurang-kurangnya udenikov tekah menjadi orang biase-biase jek. Tugas hakiki udenikov bolehlah udenikov teruskan.Jangan pulak orang-orang luar kata udenikov ni tak pandai menjalankan tugas-tugas hakiki lepas ni. Ngerti?



luahan emosi kerana jiwaku kacau ... 11.06 pagi

Kembali...

Salam semua, lama giler udenikov tinggalkan blog udenikov ni. Tuntutan kerja harian menghalang udenikov aktif dalam penulisan blog peribadi ni.
Selama udenikov meninggalkan blog ni, udenikov terlepas mencatat kenangan peribadi:-

Tanggal 24 Jun 2008, anaknda udenikov no 1, Abang Alif la.. menyambut ulang tahun kelahiran ke-3.

Tanggal 26 Jun 2008, anak buah udenikov yang no 1, Yuceja (nama manja) menyambut ulang tahun kelahiran ke-18.

Tanggal 30 Jun 2008, bonda tercinta Hajah Hajizah Hj Ibrahim menyambut ulang tahun ke-62.

Biasanye, sambutan akan dibuat untuk meraikan ketiga-tiga mereka, namun Yuceja berada di Kolej Matrikulasi Changlun, dan macam tak cukup korum la. Jadi, kami tangguh kan dulu. Tak kisah la, janji ingatan yang lebih penting.

Tanggal 14 Julai 2008 yang lepas, Udenikov sendiri menyambut ulang tahun kelahiran ke-30. dah tuo dah... Isteri tercinta buat surprise party kat rumah. Kebetulan isteri udenikov bercuti sebab ada exam di OUM. ye ye ahhh je dorang anak beranak buat besday party buat papa dorang. Anyway, Papa Luv U All. mmmmmmmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuuuaah.

Ok sekian ni dulu.

Thursday, July 10, 2008

Maafku pinta

belum berkesempatan untukmeluangkan masa di blog.

Maafkan diriku kerana menghilangkan diri.