enjoy..
Wednesday, October 8, 2008
Berhari Raya
enjoy..
Posted by Udenikov at 4:27 PM 0 komentar
Kena tahan wad
Raya kedua... kira2 jam 11.30 malam... udenikov berborak2 dengan isteri dan kakak udenikov... dalam borak2, tetiba isteri udenikov rasa semacam... contraction. apa lagi.. udenikov capai la jam... tengok jarak masa di antara contraction. huh memula 10 minit... tup-tup kurang dari 5 minit... oohhh no. apa lagi... isteri udenikov pun dah buang air macam masa 2nd pregnancy... apa lagi... udenikov ajak kakak udenikov dgn bonda. we are heading to hospital kulai from pasir gudang. mana tau air ketuban pecah dalam perjalanan ke... sampai hospital dalam kul 12 lebih. terus masuk wad. mula2 check misi cakap degup jantung baby agak lemah... udenikov idak le tunggu sampai pagi... kami 3 beranak balik ke rumah udenikov kat kulai. sib baik umah dekat. senang nak ulang alik.
sok sebelum tengahari/ semayang jumaat.. isteriku dibenarkan balik. heheheheheh bolum nak bersalin laei... doktor kata 'false labour'. ini adalah kali kedua isteri udenikov masuk kuar spital sepanjang 3rd pregnancy. kali pertama dulu masa diarehea...
Cerita 2...
tanggal 5 oktober.. kira-kira jam 12.00 t/malam... udenikov dikejutkan dengan tangisan bonda udenikov. Mak cakap perut dia sakit dari tadi. dan muntah2 dengan banyak... apa lagi... tanpa berlengah, idenikov bawak mak ke klinik rozikin dekat taman air biru... sampai jek kat tapak pasar malam pasir gudang, mak udenikov kata bawak dia terus gi spital penawar... sesampai sana... udenikov cakap dengan attendant tu... my mom dah dehydration ni... pls call doktor. doktor suspect gastrik. mak kena tahan 2 malam (kalu ikutkan kena tahan lagi satu malam, tapi kami decide bawak mak balik... doktor pun kata nak check pagi... petang baru check.. leceh arrr)... doktor kata ada luka dalam perut dan nampak batu hempedu ...
Kepada mak, didoakan semoga mak cepat sembuh... InsyaAllah.
Kepada isteriku... contraction berlaku lagi semalam dan today... didoakan selamat melahirkan anak kita yang ke-3...
Posted by Udenikov at 2:55 PM 0 komentar
Monday, October 6, 2008
Hari Raya Aidil Fitri 1429H
sambutan hari raya tahun ini seperti tahun-tahun sebelum ini lahhh.. meriah tetap meriah terutamanya dengankarenah anak-anak buah udenikov. Cuma akan lebih meriah sekiranya adik udenikov dan kak juli (sepupu) ada bersama. tetapi nak buat macam mana, dah turn mereka beraya di rumah mertua masing-masing.
Macam biasa, pagi raya. kami akan menunggu abah/atok balik dari masjid. Kira anak-anak dan cucu berkongsi dengan orang kampung akan abah/atok kami. Maklumlah selaku ketua kampung, abah kena selesaikan majlis di masjid dahulu. Tahun ini juga abah/atok kami menyampaikan khutbah syawal.
Sekembali dari masjid, tanpa berlengah, upacara drama air mata bermula tatkala kami anak beranak adik beradik bersalaman memohon maaf sesama kami. Seterusnya upacara bergambar bagi mengabadikan kenangan di pagi raya.
udenikov sekali lagi memohon maaf zahir dan batin. Selamat hari raya.
Posted by Udenikov at 9:34 AM 1 komentar
Monday, September 22, 2008
Kuih Raya Bersambung Lagi...
Kesibukan menyiapkan kuih dan biskut raya diteruskan pada sebelah petangnye. Macam biasa lah... menu petang ni.. kuih suji dengan. Feberet udenikov sejak kecik. ingat masa darjah 4, ikut along dgn angah beraya kat majidee... hahahaha dokek 6 kali tuan rumah tu salin bekas kuih suji. yang makannya, udenikov sorang. hahahahah sedap giler... sebab tu, tiap2 tahun kuih suji mesti ada dalam barisan kuih-kuih di pagi raya. dan biasanya akan habis dulu berbanding kuih yang lain.
isteri udenikov tengah dok check dah leh tanggal ke lum kuih tu dr bokeh

Udenikov dok pesan dgn bini udenikov, kang time buke, rasalah terus kuih muih ni... mana tau, tutp-tup baby telah bersedia nak kuar, tak dapat nak merasa kuih raya.



perjuangan membuat kuih dan biskut diteruskan angah and along hari ni. Angah udenikov amik cuti. udenikov cuti jumaat ni. lagi pun harini bawak isteri udenikov check up. Adik beradik semua harap kalau nak bersalin, biolah in this week. minggu depan semua dah sibuk... hahahahah udenikov yang kena siap siaga.
Posted by Udenikov at 10:22 AM 3 komentar
Saturday, September 20, 2008
Hari Raya Makin Terasa
Hari ni, udenikov sekeluarga telah mula menyibukkan diri. sibuk pasal pe lagi? pasal buat kuih raya la... Menu pertama hari ni ialah buat kuih bahulu. Lagipun, ada rakan-rakan bonda udenikov yang membuat tempahan. Seperkara, memang menjadi kelaziman keluarga udnikov duduk bersama-sama rewang buat kuih raya. teringat tahun lepas, satu hari kami berjaya membuat 6 jenis kuih raya untuk 5 keluarga.


Posted by Udenikov at 12:34 PM 2 komentar
Sunday, September 14, 2008
Tercalon...
Udenikov dapat makluman bahawa pencalonan udenikov selaku AJK Pemuda Bahagian cukup bagi membolehkan bertanding. Ok fine, coz udenikov dah dapat tahu semasa musim persidangan cawangan, udenikov ada dicalonkan. Tetapi, udenikov terperanjat jugak lah, psl tercalon juga untuk G10. wah wah wah... apa2pun, udenikov melahirkan rasa kesyukuran di atas pencalonan-pencalonan tersebut.
Udenikov mengambil keputusan untuk bertanding AJK Bahagian, tetapi tidak pada G10. Kerana udenikov sebenonyer dah memang mewakili cawangan ke persidangan bahagian. Jadi, tak perlu la bertanding G10.
InsyaAllah, jika mendapat undian yang cukup dalam AJK Pemuda Bahagian, udenikov akan membantu kepimpinan Ustaz Syahrin dalam memastikan Pemuda akan terus menggempur bagi memastikan Agama, Bangsa dan Tanahair udenikov tidak dijajah dan tidak diperlekehkan oleh orang lain.
@@@ Pemuda Gempur @@@
Posted by Udenikov at 1:01 AM 2 komentar
Friday, September 12, 2008
Ketabahanmu merobek jiwaku
Tatkala menatap muka hadapan Utusan Malaysia hari ini, hati kecil udenikov yang berbadan besar ni begitu tersentuh. Melihatkan keadaan fizikal adik Siti Nabihah, udenikov pasti ramai umat Malaysia akan tersentuh melihat kecekalan adik Siti Nabihah menjawab soalan.
Terkonang-konang...
Udenikov teringat semasa darjah 5 dulu. Tatkala sepupu udenikov, Lili, jatuh sakit akibat jatuh basikal. Beginilah keadaannya sebagaimana adik Siti Nabihah. Memandangkan, hanya kami yang sebaya dan udenikov dikategorikan sebagai sedikit pintar dari Lili, maka udenikov ditugaskan mengajar Lili bagi mana-mana subjek yang terpaksa ditinggalkan oleh lili tatkala tidak sihat. Udenikov menangis sambil ngajo. Udenikov tak tahan bila melihat Lili menggeletar semasa menulis. Uwaaaaaaa.... udenikov dah la sensitip.
Begitulah kita kita semasa masih menghirup udara O2 di muka bumi ini. Semoga adik Siti Nabihah akan berjaya peperiksaan UPSR. Lili juga telah berjaya sekarang.
Melihatkan kehidupan harian, teringatkan pada Mim Alif Ta Ya.
Will continue...
@@@ Tambahkan Amalan @@@
Posted by Udenikov at 11:27 AM 0 komentar
Thursday, September 11, 2008
Didie, Mudon, K1 & Keluarga Diuji Lagi
Apa-apapun, keluarga mereka diuji Allah sekali lagi dalam tempoh sebulan. selepas pemergian Allahyarhamah Airin Jasmin pada 11 Ogos 2008. Semoga mereka terus tabah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Al-Fatihah
Posted by Udenikov at 9:24 AM 0 komentar
Wednesday, September 10, 2008
Gotong Royong Bulan Ramadhan
Ain kata "ooohhh... mak rasa tak keruan,campur berbaur, bersyukur ke hadrat Ilahi, walaupun dapat meja lambat, mak tetap dalam bilik aquarium ni lagi."
Jadi, memandangkan bilik ni muat utk 2 orang, tetapi dikumpulkan kami 3 orang, maka udenikov dan ain perlu melakukan transformasi ke atas dekorasi bilik kami. Udenikov dan ain sahaja yang ada, nit cuti. tapi, kalau dia ada, tetap tak boleh membantu kerana kami masti menghalangnya. bukan apa, nit tgh pregnant. mana bleh letih2 sgt.
berikut adalah gambar asal bilik kami. (lihat nur ain erica sedang posing memikirkan shot terbaik untuk transformasi aquarium kami)

udenikov sebagai buruh kasar utama. manakala ain sebagai nur ain erica (deco bersama erica) @ perancang utama.
manakala gambar-gambar berikut adalah suasana selepas transformasi.
![]()
itupun, perubahan ini ditegur secara berhemah oleh rakan-rakan udenikov yang lain. Bak kata udenikov kepada mereka, "kami dah lama hidup susah". Jadi, macam mana keadaannya sekalipun, kami yang akan menempuhinya hari-hari. malahan, mereka tetap boleh berkunjung ke aquarium kami. Alhamdulillah, nit pun boleh terima transformasi ini. Apa yang pasti, kat rumah, mcam dah dedar badan ni. letih beb...
Sekali pandang bila dah bukak pc, notebook, udeniko rasa macam dj radio plak. tambahan, lagu-lagu raya berkumandang selalu dalam aquarium kami ni.
@@ Selamat Berpuasa untuk 20 hari akan datang @@
Posted by Udenikov at 3:24 PM 0 komentar
10 Ramadhan
Genap sudah 10 hari abang ipar udenikov ke tanah suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan Umrah. InsyaAllah hujung minggu ni, kembalilah ke bumi Malaysia. Udenikov sertakan gambar-gambar semasa menghantar abang ipar ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Posted by Udenikov at 2:36 PM 0 komentar










kuih suji yang dah siap




proses penghasilan biskut nestum tak dapat dipaparkan... bukan apa, udenikov collpase la ahad semalam... letih giler beb...
